NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Belanjawan 2025 beri gambaran penyasaran subsidi RON95, kata penganalisis

Penganalisis menjangkakan kerajaan mampu menjimatkan RM30 bilion setahun jika penyasaran subsidi RON95 dilaksanakan.


PETALING JAYA: Penganalisis ekonomi berpendapat gambaran sebenar pelaksanaan penyasaran subsidi RON95 hanya akan diketahui pada pembentangan Belanjawan 2025, bukan ura-ura dan ramalan segelintir pihak ketika ini.

Aimi Zulhazmi dari Universiti Kuala Lumpur berkata, pembentangan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan menjawab segala persoalan berhubung harga runcit bahan bakar itu yang berbangkit susulan penyasaran subsidi diesel sejak 10 Jun lalu.

Secara peribadi Aimi berpendapat, langkah itu tidak akan dibuat tahun ini dengan kerajaan melakukannya secara berhati-hati, melihat kesan kepada pengguna susulan pelarasan harga diesel kepada RM3.35 seliter.

Katanya, banyak faktor perlu diambil kira antaranya kadar inflasi dan kedudukan ringgit yang dijangka melemah sehingga pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) selesai November depan.

“Tahun depan lebih sesuai kerana pelaksanaan subsidi menyasar RON95 berkaitan kegunaan langsung rakyat Malaysia, sistem Padu (Pangkalan Data Utama) seharusnya menjadi sandaran selepas digembar-gembur sebagai sebab utama dilaksanakan.

“Belanjawan 2025 nanti pasti beri gambaran sebenar (mengenai pelaksanaan RON95),” katanya kepada FMT.

Selasa lalu, Anwar yang juga menteri kewangan mengesahkan belum ada kertas dasar dibawa ke Kabinet bagi penyasaran subsidi RON95 yang bermakna pelaksanaannya tidak dibuat dalam masa terdekat.

Anwar berkata, kerajaan mahu melihat terlebih dahulu pelaksanaan penyasaran subsidi elektrik, ayam dan diesel dibuat sejak tahun lalu.

Ada penganalisis menjangkakan kerajaan mampu berjimat RM30 bilion setahun menerusi penyasaran subsidi RON95 yang dikembalikan untuk kegunaan rakyat memerlukan.

Ahmed Razman Abdul Latiff dari Putra Business School senada dengan Aimi, menyatakan penyasaran subsidi itu sesuai dilaksanakan tahun depan selepas mengambil kira reaksi langkah sama untuk bahan api dan barangan lain sebelum ini.

“Saya bersetuju tidak harus dibuat secara tergesa-gesa dan sebaiknya dilakukan apabila kerajaan sudah menilai keberkesanan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel ketika ini,” katanya.



Sumber | FMT Malaysia 








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo