BAKAR KERTAS TERTULIS NAMA ALLAH
SOALAN :
Apabila ada pada kertas yang tertulis padanya ayat-ayat Quran atau nama Allah yang dikhuatiri akan terpijak segala kaki atau ada ia pada tempat yang tidak terjaga maka adakah harus dibakar kertas tersebut atau dihapuskan segala tulisannya?
JAWAPAN :
Jika kertas itu tidak mahu digunakan lagi maka hendaklah dihilangkan tulisan Al-Quran atau nama-nama Allah yang ada padanya seperti dipadam dengan air atau ubat dan jika tidak tanggal dengan air atau ubat maka harus dibakar kertas-kertas tersebut kerana memeliharanya dari tercemar.
Berkata Imam Ad-Dasuki Al-Maliki :
ŁَŲَŲ±ْŁُ Ł
َŲ§ Ų°ُŁِŲ±َ -Ų£Ł Ų§ŁŲ£ŁŲ±Ų§Ł Ų§ŁŁ
Ų“ŲŖŁ
ŁŲ© Ų¹ŁŁ Ų“ŁŲ” Ł
Ł Ų§ŁŁŲ±Ų¢Ł Ų£Ł Ų£Ų³Ł
Ų§Ų” Ų§ŁŁŁ Ų§ŁŲŲ³ŁŁ Ų£Ł Ų£Ų³Ł
Ų§Ų” Ų§ŁŲ£ŁŲØŁŲ§Ų” Ų£Ł ŁŲŁ Ų°ŁŁ Ł
Ł
Ų§ Ų£Ł
Ų± Ų§ŁŲ“Ų±Ų¹ ŲØŲŖŁŲÆŁŲ³Ł ŁŲŖŁŲ²ŁŁŁ-... Ų„Łْ ŁَŲ§Łَ Ų¹َŁَŁ ŁَŲ¬ْŁِ ŲµِŁَŲ§ŁَŲŖِŁِ ŁَŁŲ§ Ų¶َŲ±َŲ±َ، ŲØَŁْ Ų±ُŲØَّŁ
َŲ§ ŁَŲ¬َŲØَ، ŁَŁَŲ°َŲ§ ŁُŲŖُŲØُ Ų§ŁْŁِŁْŁِ
Artinya : “Dan pembakaran apa yang telah disebut yakni kertas dan helaian yang terkandung padanya suatu dari Quran atau nama-nama Allah atau nama-nama Nabi atau umpama yang demikian itu daripada perkara yang mana syarak suruh menjaganya dan memeliharanya jika adalah bertujuan menjaganya kehurmatannya maka tidaklah mengapa bahkan terkadang wajib ia. Dan begitu jugalah hukumnya segala kitab-kitab fiqah.” (Hasyiah ‘Ala Al-Kabir)
Dan hendaklah dibakar sehingga hilang semua rupa tulisan Al-Quran dan nama-nama Allah pada kertas tersebut dan elok jika di tanam akan abunya.
wallahua’lam
No comments
Post a Comment