NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Arak dan rokok ‘musuh’ kesihatan, CAP gesa KPM kekalkan polisi



GEORGE TOWN – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengesa Kementerian Pendidikan (KPM) mengekalkan dan mematuhi garis panduan sedia ada dengan tidak menerima dana daripada syarikat produk tembakau atau minuman beralkohol.

Pegawai Pendidikan CAP, NV. Subbarow berkata, ia susulan sumbangan yang membabitkan hasil aktiviti rokok dan minuman keras itu ternyata haram.

Lagi pun, katanya, kedua-dua produk berkenaan juga adalah ‘musuh’ kesihatan manusia.

“CAP berharap Kabinet tidak memberi laluan untuk berunding (dengan pihak syarikat) mengenai garis panduan itu. Rokok, vape dan minuman keras boleh membawa banyak masalah  sosial.

“Kita harap pendirian KPM lebih tegas dalam menangani isu ini,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Dalam perkembangan sama, CAP turut merakam ucapan terima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kerana memperkasa kod sukan yang selamat dengan mengelak sebarang tajaan aktiviti sukan membabitkan syarikat tembakau, alkohol, rokok elektronik atau vape.

Media sebelum ini melaporkan KPM sedang melakukan siasatan berhubung isu penganjuran program amal di sebuah sekolah membabitkan sumbangan syarikat minuman keras.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pentadbir institusi pendidikan di bawah KPM dinasihati supaya mematuhi garis panduan dalam menguruskan sumbangan yang diterima daripada pihak luar.

Katanya, KPM mengalu-alukan pemberian sumbangan kepada institusi pendidikan namun pada masa sama, ia mesti selari dengan garis panduan yang sudah ditetapkan. – MalaysiaGazette










........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo