NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Anwar, GRS mesti selesai isu pemberian khas Sabah, kata penganalisis

Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Sabah Hajiji Nor dan timbalannya, Jeffrey Kitingan, mempunyai ‘insentif politik’ menyelesaikan isu pemberian khas negeri, kata penganalisis James Chin.



PETALING JAYA
Kerajaan pusat dan Sabah mesti menyelesaikan pemberian khas tahunan negeri, kata penganalisis sambil menyifatkan langkah sedemikian akan memberi ‘insentif politik’ kepada dua belah pihak.

James Chin dari University of Tasmania, berkata penyelesaian diterima bersama akan memberi manfaat kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim menerusi pengukuhan sokongan di Malaysia Timur, mengambil kira ‘kerapuhan’ sokongan dalam kalangan orang Melayu di Semenanjung.


PETALING JAYA

Kerajaan pusat dan Sabah mesti menyelesaikan pemberian khas tahunan negeri, kata penganalisis sambil menyifatkan langkah sedemikian akan memberi ‘insentif politik’ kepada dua belah pihak.

James Chin dari University of Tasmania, berkata penyelesaian diterima bersama akan memberi manfaat kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim menerusi pengukuhan sokongan di Malaysia Timur, mengambil kira ‘kerapuhan’ sokongan dalam kalangan orang Melayu di Semenanjung.

Tiada sebab kenapa Anwar mahu mengecilkan hati orang Sabah, katanya kepada FMT.

Chin mengulas kenyataan Timbalan Ketua Menteri Sabah Jeffrey Kitingan, mendakwa Putrajaya kurang komitmen dalam menyediakan formula pengiraan pemberian khas.

Mengikut Perlembagaan Persekutuan, Sabah berhak mendapat pemberian khas tahunan daripada pusat bersamaan 40% hasil bersih negeri diambil kerajaan pusat dari negeri berkenaan.

Minggu lalu, Kitingan memberi peringatan tempoh akhir memuktamadkan formula semakin hampir, sepertimana ditetapkan dalam mesyuarat jawatankuasa khas hampir setahun lalu.

Bagaimanapun, Chin berkata, tarikh ditetapkan bukan ‘tempoh penamat’ dan menjangkakan rundingan akan berterusan.

Katanya, kerajaan negeri diterajui Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memerlukan perkara itu diselesaikan sesegera mungkin, memandangkan PRN semakin dekat.

Mandat kerajaan negeri akan berakhir pada Oktober 2025 walaupun Ketua Menteri Hajiji Nor ada memberi isyarat berkemungkinan pilihan raya akan dilaksana pada tahun ini.

Chin berkata, GRS akan menanggung beban kepada apa jua kegagalan bagi pihak kerajaan Sabah untuk memuktamad formula itu.

GRS telah melabur banyak modal politik dalam isu berkenaan dan mereka akan membayar harga mahal jika tidak dapat selesaikannya sebelum PRN akan datang.

Dalam pada itu, Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura menyifatkan apa disuarakan Kitingan adalah peringatan mesra, dan tidak sampai kepada kata dua.

Katanya, Kitingan memerlukan lebih sengat politik sebelum ‘bertikam lidah’ dengan gabungan pemerintah pusat berkait isu itu. Parti diketuai Kitingan, Parti Solidariti Tanah Air (STAR) mempunyai satu kerusi Parlimen.

Oh berkata, reputasi Anwar dan Pakatan Harapan (PH) akan menjadi lebih baik jika Putrajaya dan kerajaan Sabah bersetuju dengan formula.

Justeru, tanpa kira parti mana sealiran dengan PH, termasuk juga parti Jeffrey, secara politik mendapat manfaat. Jadi, menjadi kepentingan kepada parti politik Sabah (mencapai penyelesaian formula).



Sumber | FMT Malaysia  












........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo