NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Anwar bidas pembangkang, minta jangan jadikan Qunut Nazilah alat politik




Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas pihak pembangkang kerana menggunakan doa Qunut Nazilah sebagai alat politik.   

  

Menurut Anwar, doa Qunut Nazilah sepatutnya digunakan pada jalan yang betul untuk kebaikan dan bukannya mendoakan keburukan kepada pihak lain.   

  

Beliau berkata, doa bukanlah politik dan sebab itu mufti tampil memberi pandangan berhubung hukum menunjukkan doa qunut Nazilah sesama muslim.   

  

Jelas Anwar, doa bukan ditujukan untuk melaknat orang lain.   

  

"Doa ini bukan politik sebab itu mufti beri pandangan. Ini kata kita tak setuju doa...siapa kata kita tidak setuju doa? Hari-hari kita doa, lepas solat kita doa, tapi bukan doa melaknat orang lain,” katanya ketika berucap pada Majlis Kenduri MADANI di Taman Koperasi Perpaduan 2, Tambun, Ipoh, Perak hari ini.   

  

Terdahulu, Sidang Parlimen kecoh dengan tindakan ahli-ahli Parlimen pembangkang yang membaca Qunut Nazilah sejurus Dewan Rakyat menggantung Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Wan Fayhsal Wan Ahmad selama enam bulan.   

  

Sumber: Sinar Harian   

  

#BoikotSampaiMerdeka   

  

Ikuti Tiktok Berita Pertiwi, Telegram TV Pertiwi Official, Youtube Berita Pertiwi:  

  

https://www.youtube.com/@beritapertiwi  

  

https://www.tiktok.com/@beritapertiwi  

  

https://t.me/tvpertiwi  

  

#TvPertiwi









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo