NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Anthony Loke berkeras pertahan sekolah cina terima tajaan syarikat arak




Menteri Pengangkutan, Antony Loke tampil menegaskan tindakan sekolah Cina menerima tajaan daripada syarikat arak tidak menjadi kesalahan sama sekali ini kerana ia tidak melibatkan pelajar hanya ibu bapa dan orang ramai sahaja. 


Jelas Loke, program yang melibatkan tajaan syarikat arak tersebut turut mengikutkan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu tidak melibatkan pelajar Muslim. 


Setiausaha Agung DAP itu turut menyarankan kepada orang ramai untuk henti mencetuskan polemik malah mengungkit-ungkit berhubung isu tajaan syarikat arak. 


Ujarnya, keputusan jemaah menteri sudah jelas iaitu dengan mengekalkan garis panduan beserta syaratnya iaitu tidak boleh memaparkan jenama logo dan mempromosikan syarikat arak, namun ia dibenarkan jika ia  dibuat di luar kawasan sekolah. 


Katanya, kebanyakan program-program berhubung tajaan syarikat arak kepada sekolah ini dilakukan diluar premis sekolah dan penganjuran sebegitu dibenarkan selagi ia tidak melibatkan pelajar-pelajar Muslim. 


“Tidak menjadi masalah, itu telah dibincangkan dan boleh lagi diteruskan dengan syarat bahawa ia tidak melibatkan pelajar Islam,” ujarnya kepada media seusai Sidang Media projek pembinaan LRT3 di Stesen Pasar Jawa, Klang hari ini. 


#BoikotSampaiMerdeka 


Ikuti Tiktok Berita Pertiwi, Telegram TV Pertiwi Official, Youtube Berita Pertiwi: 

https://www.youtube.com/@beritapertiwi 

https://www.tiktok.com/@beritapertiwi 

https://t.me/tvpertiwi 

#TvPertiwi








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo