NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Amal 3M untuk kembalikan kepercayaan rakyat kepada UMNO – Tengku Zafrul



KUALA LUMPUR – Segala usaha mengembalikan kepercayaan rakyat kepada UMNO bergantung pada 3M.

3M itu merujuk kepada mesej, medium dan messenger, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

“Mesej UMNO haruslah berkait dengan isu atau dasar yang akan memberi impak kepada rakyat, bukan sekadar topik politik dalaman atau agenda peribadi.

“Mediumnya juga harus sesuai kerana cara nak dekati pelbagai golongan berbeza. Facebook, TikTok, media konvensional, perjumpaan bersemuka – gunalah wadah yang bersesuaian.
Tapi jauh lebih penting adalah elemen Messenger.

“Sia-sia saja kalau mesej kita betul, medium dipilih tepat tapi penyampainya tiada kredibiliti,” katanya dalam kenyataan.

Hari ini Tengku Zafrul melancarkan perasmian serentak Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda, Puteri dan UMNO Bahagian Penampang, Sabah.

Menurut beliau lagi, para pemimpin UMNO memainkan peranan yang penting.

“Setiap kata-kata mereka dinilai oleh rakyat. Kalau cakapnya kosong, macam mana nak ada kredibiliti?

“Memang orang tak akan percaya! Setakat ini barisan menteri UMNO telah berjaya melaksanakan tanggungjawab dengan baik, jadi sebagai messenger, insya-Allah rakyat akan percaya,” katanya.

Bagaimanapun Menteri Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri berkata, 3M tidak terhad kepada menteri sahaja.

“Dari pemimpin semua peringkat hinggalah ahli biasa, semua ahli UMNO bertanggungjawab untuk mengembalikan kepercayaan rakyat kepada UMNO.

“Saya yakin pesanan ini akan dihayati oleh perwakilan UMNO Penampang,” katanya. – MalaysiaGazette











........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo