NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Aktivis hairan Anwar biarkan timbalan menteri hadir majlis promosi arak




Aktivis reformasi mempersoalkan sikap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak mengingatkan jemaah menteri Muslim agar menjauhi majlis berkaitan arak.


N Gobalakrishnan berkata penglibatan Ketua Wanita AMANAH, Datuk Aiman Athirah Sabu dalam majlis berkaitan arak memalukan dalam sebuah negara majoriti Muslim.


“Timbalan menteri dia pegang sepanduk yang ada logo arak. Saya hendak tanya negara Islam mana yang boleh terima ini? Majoriti penganut dan agama rasmi di negara ini adalah Islam.


“Anwar sudah lupa? Tidak mungkin Kabinet atau timbalan menteri yang dilantik ini tidak pernah diberi nasihat jangan pergi tempat judi, jangan pergi tempat arak dan memegangnya.


“Sepanduk dia pegang itu sama macam pegang tin arak. Kita memang sangat marah,” katanya dalam satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini.


#boikotsampaimerdeka


Ikuti Tiktok Berita Pertiwi, Telegram TV Pertiwi Official, Youtube Berita Pertiwi:


https://www.youtube.com/@beritapertiwi

https://www.tiktok.com/@beritapertiwi

https://t.me/tvpertiwi


#TvPertiwi




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo