NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Akta Hasutan masih jadi alat tekan suara aktivis, rakyat – Gerakan

Ketua Biro Hak Asasi Manusia parti Gerakan, Chai Ko Thing


KUALA LUMPUR – Akta Hasutan disifatkan masih lagi menjadi alat kerajaan untuk menyiasat dan menekan suara aktivis serta rakyat yang  tidak puas hati terhadap pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Itu dakwaan Ketua Biro Hak Asasi Manusia Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Chai Ko Thing.

Menurutnya, parti itu sebulat suara tidak berpuas hati dengan tindakan salah guna kuasa sedemikian kerana ia bukan sahaja menjejaskan kebebasan bersuara tetapi turut mencetuskan keraguan terhadap prinsip demokrasi.

“Semalam, media tempatan melaporkan seorang peguam dan juga salah seorang pengunjung sedang disiasat di bawah Akta Hasutan 1948 berhubung ucapannya pada perhimpunan “Rakyat Lawan Anwar” pada bulan lalu.

“Malaysia dilihat semakin parah di bawah pentadbiran Kerajaan Madani daripada pengawalan sosial media sehinggalah menggunakan Akta Hasutan untuk menentang golongan yang tidak senada dengan kerajaan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ko Thing berkata, biar pun ucapan peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali pada himpunan berkenaan dianggap keterlaluan oleh kerajaan namun sebagai warganegara Malaysia, beliau berhak menyuarakan pendapat dan ketidakpuasan hatinya terhadap sikap dan janji-janji yang telah dibuat.

Dalam pada itu, Gerakan berpandangan seorang pemimpin negara seharusnya mempunyai sifat menerima sebarang kritikan namun wajib mengikut undang-undang yang ditetapkan.

“Dalam masyarakat demokrasi, kritikan dan persoalan terhadap kerajaan adalah sebahagian daripada ekosistem politik yang sihat, membantu kerajaan mengenal pasti masalah dan memperbaiki dasar. Siasatan terhadap Rafique menunjukkan ketidak toleransi terhadap suara-suara berbeza.

“Kalau kerajaan tidak boleh menerima sebarang kritikan yang bertujuan membina negara ke arah yang lebih baik, saya cadangkan Perdana Menteri boleh mula menulis surat letak jawatan.

“Jika tidak bersedia meletakkan jawatan, maka saya cadangkan dirombak semula Kabinet supaya ada orang lebih kompeten” ujarnya. – MalaysiaGazette








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo