NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

‘Akmal sepatutnya serang Bersatu, bukan jadikan speaker ‘punching bag‘, kata Pemuda PKR

Haziq Azfar menegaskan Dr Akmal Saleh sepatutnya menyalahkan Bersatu berhubung isu enam Ahli Parlimennnya yang menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim.


PETALING JAYA
Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh sepatutnya menyerang Bersatu dalam isu enam Ahli Parlimennya mengalih sokongan kepada kerajaan, bukannya menjadikan speaker Dewan Rakyat sebagai ‘punching bag’, bidas Pemuda PKR.

Pengarah Komunikasinya Haziq Azfar berkata walaupun tindakan mengalih sokongan bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan namun tindakan terus menyalahkan Johari Abdul disifatkan satu penganiayaan kepada institusi Parlimen yang menjalankan tugas berpandukan undang-undang.

“Sehingga kini ketua Pemuda Umno masih memetik speaker Dewan Rakyat sebagai punching bag atau pesalah dalam peristiwa enam ahli Dewan Rakyat yang memberi sokongan kepada perdana menteri (Anwar Ibrahim).

Selama ini beliau sudah salah ‘punching bag’, Bersatu ‘punching bag’ sebenar dan bukannya speaker Dewan Rakyat,

 katanya dalam kenyataan.

Pada 9 Jul, Johari memutuskan enam Ahli Parlimen yang terlucut keahlian daripada Bersatu tidak perlu mengosongkan kerusi mereka berdasarkan Perkara 49 (A) Perlembagaan Persekutuan yang dibuat untuk memastikan kestabilan politik.

Mereka adalah Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Zahari Kechik (Jeli), Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang).

Akmal kemudian mempersoalkan keputusan Johari yang tidak mengosongkan kerusi berkenaan sambil menyifatkan akta antilompat parti diluluskan di Parlimen dua tahun lalu sia-sia selepas wakil rakyat berpaling tadah tidak hilang kerusi.

Akmal yang juga exco Melaka mahu hak rakyat yang tidak mahu wujud lagi ‘katak politik’ dihormati.

Dalam pada itu, Haziq menjelaskan speaker membuat keputusan berdasarkan peruntukan Artikel 49A(1) Perlembagaan Persekutuan yang hanya membenarkan kerusi dikosongkan jika mereka meninggalkan parti secara sukarela, bukan melanggar arahan parti secara sukarela.

“Jelas bahawa keputusan yang diambil speaker berdasarkan undang-undang antilompat parti yang lompong akibat ketidaksetujuan Bersatu dalam memasukkan peruntukan untuk mengosongkan kerusi bagi wakil rakyat yang melanggar arahan parti dalam pindaan Perlembagaan Persekutuan 2022.

Bersatu iaitu pesalah sebenar yang telah menghuru-harakan undang-undang antilompat parti,

 katanya.




Sumber | FMT Malaysia 







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo