NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Akar umbi Umno tolak Zahid ‘agungkan’ DAP




NIBONG TEBAL
: Naib Presiden PAS, Datuk Ustaz Idris Ahmad tidak menafikan peranan akar umbi Umno yang turut menyumbang kepada undi hingga calon PERIKATAN NASIONAL (PN) mencapai kemenangan pada PRK N.20 DUN Sungai Bakap.

Menurut beliau, perkara tersebut berlaku kerana akar umbi Umno yang ditemui menyatakan bahawa mereka tidak dapat menerima normalisasi hubungan antara pemimpin tertinggi parti Melayu itu dengan DAP pada masa kini.

Ahli Parlimen Bagan Serai itu turut mengkritik kepimpinan DAP di mana sering berbicara mengenai integriti, kredibiliti dan kemampuan, namun gagal menangani masalah kecil seperti isu bekalan air yang berlaku dalam DUN Sungai Bakap.

“Masalah kecil saja, bukan perlukan kepada (peruntukan) bilion-bilion pun,” bidasnya ketika mengulas kemenangan calon PN, Abidin Ismail di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Serbaguna Jawi, Seberang Perai Selatan, di sini malam tadi.

Beliau menekankan bahawa meskipun ada yang mengatakan sekiranya calon PN menang tidak dapat menyelesaikan masalah, tetapi suara rakyat dapat dibawa ke peringkat lebih tinggi menerusi wakil rakyat PN.

Idris turut mempersoalkan kegagalan penyelesaian isu bekalan air tersebut meskipun kawasan tersebut selama ini telah diwakili oleh ADUN yang sealiran dengan kerajaan negeri iaitu dari PKR selama tiga penggal.

“Sebab itu orang Cina pun tengok macam ini punya cakap, cakap apa? Lu (kamu) cakap, lu tipu sama gua (aku). Kan? Lu tipu sama gua, sekarang gua ajar sama lu. Beri syarat yang jelas.

“Orang Cina yang ada maruah, yang ada jati diri, yang mereka juga tidak boleh untuk diperkotak-katikkan untuk kau mempermain-mainkan dalam hal-hal yang berlaku ini, maka kita tengok itulah keputusan yang kita dapat lihat. (Dulu) kita kalah dua daerah mengundi iaitu Sungai Bakap dan juga Puteri Gunong.

“Kali ini Sungai Bakap kita menang dengan majoriti 145, kalau dulunya kita kalah 642. Manakala satu lagi Puteri Gunong. Dulunya mereka menang kita kalah dengan 2,094 (tetapi) kali ni hanyalah 369 sahaja,” terangnya.

Menurut beliau, ini adalah merupakan satu kebangkitan rakyat yang hendak tengok politik Malaysia ini dengan politik baharu dan bukan lagi politik ugut, politik menipu, politik janji tak serupa bikin.

“Ini rakyat akan memerhati dan isyarat daripada PRK Sungai Bakap ini. Insya-Allah ‘Sungai Bakal kita kekal, Putrajaya kita kalih’. Ada gelombang ini akan sampai ke peringkat PRU16, Insya-Allah,” ujarnya.

Tambahnya, pemikiran rakyat terutama anak-anak muda sedang melihat segala kemampuan pemimpin tetapi paling penting adalah mereka tidak mahu percakapan bohong, kerana ianya prinsip kepada semua agama dan kaum.

Beliau turut memberi contoh kempen dijalankan PH yang menggunakan propaganda dengan menakutkan orang Cina kepada ‘gelombang hijau’, sedangkan ianya gelombang rakyat di mana pendekatan politik seperti itu semakin tidak diterima. – HARAKAHDAILY 7/7/2024







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo