NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

“Akar Umbi nak tahu titah Adendum wujud atau tidak”, kata Noh Omar




Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar menjelaskan, kemarahan akar umbi Umno termasuk dirinya terhadap pemimpin parti itu berhubung kes Datuk Seri Najib bukan kerana ingin mempertikai keputusan mahkamah, sebaliknya mereka mahu tahu sama ada titah adendum itu benar-benar wujud atau tidak.


Menurut Noh, isu melibatkan titah adendum yang diperkatakan sebelum ini seolah-olah “ada permainan” untuk memastikan Najib tidak mendapat pembelaan sewajarnya.


Katanya, perkara ini sepatutnya mudah untuk dijawab kerana jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) kini disandang oleh pemimpin UMNO.


“Ia adalah dua isu. Yang keputusan mahkamah itu adalah bawah bidang kuasa kehakiman. Tetapi bila dah sampai kuasa pengampunan itu Yang Dipertuan Agong yang dinasihati oleh Lembaga Pengampunan.


“Kita mendapat maklum ada adendum, perintah daripada Yang Dipertuan Agong (bahawa) Najib, selain daripada hukuman dikurangkan, dia ditahan di rumah. Itu sahaja yang nak diketahui,” kata Noh dalam sesi wawancara Kerusi Panas bersama TV Pertiwi.


Tambah Noh, kebenaran mengenai isu ini mungkin akan terungkai apabila Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan tumbang kelak.

........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo