NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Aiman Athirah tidak akan tarik balik laporan polis berkait isu arak




PETALING JAYA
Cerita belum habis. Itu amaran Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Aiman Athirah Sabu kepada dua individu memuat naik poster berkait kontroversi tajaan syarikat minuman keras kepada sebuah sekolah di Sepang.

Bercakap kepada FMT, Aiman Athirah yang juga Ahli Parlimen Sepang menegaskan beliau tidak akan menarik balik laporan polis walaupun kedua-duanya telah menurunkan hantaran di Facebook masing-masing.

“Cerita belum habis. Kita serah pada pihak berkuasa untuk ambil tindakan.

Sebarang pelanggaran undang-undang wajar dibawa ke muka pengadilan,

 katanya yang sebelum ini memberikan tempoh 48 jam kepada dua individu terbabit untuk menurunkan poster memfitnahnya.

Dua pemilik akaun Facebook terbabit membuat hantaran poster yang memaparkan gambar Aiman Athirah dan minuman keras.

Beberapa laporan polis yang menggesa kedua-duanya disiasat mengikut Seksyen 499 Kanun Keseksaan, Seksyen 3 dan 5 Akta Fitnah 1957 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Difahamkan, pengguna media sosial terbabit telah menurunkan hantaran poster itu.

Aiman Athirah yang juga ketua wanita Amanah sebelum ini telah menjelaskan mengenai kehadirannya dalam satu majlis kutipan dana sekolah di Sepang.

Menurutnya, sebagai tetamu diundang beliau tidak diberitahu penganjur mengenai senarai penyumbang sehingga tiba di lokasi program yang turut dihadiri sebuah syarikat pengeluar minuman keras.

Dalam pada itu, Aiman Athirah berharap mana-mana pihak yang mempunyai maklumat tambahan boleh menyalurkan kepada polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

Yang saya nasihatkan 48 jam itu sudah turunkan hantaran terbabit,
 katanya.


Sumber | FMT Malaysia 










........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo