NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ahli Parlimen PN akan bantah usul gantung Wan Fayhsal daripada Dewan

Kerajaan dijangka mengemukakan usul menggantung Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal daripada Dewan Rakyat selama 6 bulan esok. 



PETALING JAYA
Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, beliau bersama wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) yang lain akan membantah usul menggantungnya daripada Dewan Rakyat selama enam bulan apabila ia dibentangkan esok.

“Kami mempunyai imuniti dalam Dewan dan ucapan saya tidak termasuk dalam perkara yang dilarang oleh Peraturan Dewan iaitu perihal Raja-Raja Melayu dan perkara berbaur hasutan.


Jelas kerajaan Madani mahu menutup mulut para pejuang yang membantah penjualan saham MAHB (Malaysia Airports Holdings Berhad) kepada GIP-BlackRock yang pro-Zionis,

 kata Ahli Parlimen Machang itu kepada FMT.

Katanya lagi, tindakan kerajaan itu ‘suatu bentuk kezaliman ke atas Ahli Parlimen pembangkang yang membawa suara rakyat’.

Terdahulu dilaporkan, usul menggantung Wan Ahmad Fayhsal itu berkait ucapan perbahasannya pada 1 Jul lepas, berhubung surat layang yang didakwa mengandungi maklumat tentang dalang sebenar di sebalik pengambilalihan MAHB.

Menurut usul itu, Wan Ahmad Fayhsal, yang ketika itu membahaskan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) 2021 dan 2022 di Dewan Rakyat, menamakan seorang pegawai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai dalang.

Tindakan beliau dikatakan memberi kesan buruk bukan sahaja kepada individu didakwa tetapi juga secara umum terhadap pegawai agensi bawah kementerian yang mungkin teraniaya akibat tuduhan tidak berasas itu.

Menurut aturan mesyuarat disiarkan di laman sesawang Parlimen, usul itu akan dibawa menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) selepas sesi pertanyaan lisan.



Sumber | FMT Malaysia 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo