NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

ADUN PKR menangis dianaktiri Kerajaan DAP




NIBONG TEBA
L: Pengundi-pengundi di PRK DUN N.20 Sungai Bakap diingatkan bahawa seorang ADUN PKR Pulau Pinang pernah menangis sewaktu persidangan dewan kerana kawasannya dianaktirikan kerajaan negeri.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PERIKATAN NASIONAL (PN), Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, peristiwa itu membuktikan walaupun seseorang wakil rakyat itu di pihak kerajaan, namun tidak semestinya dapat memberi perkhidmatan yang sempurna.

“ADUN wanita tersebut seorang (bertaraf) doktor falsafah juga. Menangis pada masa itu kerana apa yang dibawa tidak pernah dipedulikan. Ia berulang. Ia akan diulang oleh orang ini doktor falsafah juga (calon PH).

“Itulah nasib orang-orang yang ada PhD dalam PKR. Kasihan… Tolonglah jangan ulang, tolonglah jangan ulang,” rayunya yang juga Menteri Besar Kedah.

Beliau berkata demikian sewaktu ditemui di Padang Flat Mutiara Jaya, Simpang Ampat, di sini, dalam program Perlawanan Persahabatan Kabaddi bersama masyarakat India di situ.

Dua pasukan iaitu ‘Team MB Kedah’ dan ‘Sungai Bakap Indian Youth’ berentap dalam perlawanan Kabaddi yang mirip permainan ‘galah panjang’ dalam budaya Melayu itu.

Jelasnya, walaupun pihak Pakatan Harapan (PH) mendakwa bahawa dengan memilih calon dari parti kerajaan akan memudahkan mereka membela nasib rakyat, namun sejarah tersebut membuktikan perkara sebaliknya boleh berlaku.

Dalam kejadian pada 19 November 2015 itu, Dr Norlela Ariffin yang ketika itu ADUN Penanti menangis ketika sidang dewan kerana kecewa dengan Kerajaan DAP Pulau Pinang yang didakwanya mengabaikan kawasannya.

Berdasarkan arkib laporan media, antara masalah di kawasannya yang tidak diberi perhatian oleh kerajaan negeri ialah masalah kilang haram dan jeti tidak dilengkapi kemudahan asas masih gagal digunakan nelayan.

Kerana itu kata Sanusi, rakyat di DUN Sungai Bakap wajar memilih calon PERIKATAN NASIONAL agar segala masalah mereka dapat diperjuangkan dengan bersungguh-sungguh.

Beliau menambah bahawa DUN Pulau Pinang memerlukan pembangkang yang kuat untuk menjadi semak dan imbang bagi memastikan kerajaan tidak boleh melakukan sesuka hati.

“Bila kita ada pembangkang yang kuat, kerajaan pun berhati-hati, mereka tak boleh nak ‘bulldoze’. Nak buat dasar apa-apa dia akan ambil kira kita (pembangkang) juga.

“Ia penting, semak dan imbang. Mereka (PH) sewaktu jadi pembangkang juga sibuk mahu pembangkang menang sebagai semak dan imbang,” kata beliau.

Tambahnya, sekiranya calon PH menang dalam PRK kali ini, dia tidak boleh melakukan sesuatu yang besar kerana dia bukan Ketua Menteri atau Exco kerajaan negeri. – HARAKAHDAILY 5/7/2024






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo