NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Adam Adli nafi ada masalah dalaman dengan Pemuda Umno

Ketua Pemuda PKR Adam Adli Abd Halim berkata sayap parti itu tiada masalah dengan Pemuda Umno walaupun sering berbeza pendapat.



PETALING JAYA
Pemuda PKR menafikan wujudnya masalah dalaman antara sayap itu dengan Pemuda Umno selepas kedua-dua pergerakan itu dilihat sering berbeza pendapat dan berbalas kenyataan berhubung isu politik negara.

Ketuanya Adam Adli Abd Halim berkata ia adalah perkara biasa apabila berlaku perbezaan pandangan dalam politik, lapor Bernama.


Tidak ada masalah… itu perkara biasa,

katanya selepas menghadiri program Kembara Jumpa Orang Muda (JOM) Peringkat Negeri Pahang 2024 di Kuantan.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Pemuda PKR dan Pemuda Umno berbalas kenyataan selepas PRK Sungai Bakap pada 6 Jun lepas.

Terbaru semalam, Adam mengkritik Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh yang mempersoalkan keputusan Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul tidak mengosongkan kerusi enam bekas Ahli Parlimen Bersatu yang berpaling tadah dengan menyokong kerajaan

Adam berkata Akmal gagal memahami isu secara mendalam dan sepatutnya merujuk terlebih dahulu pandangan, maklumat, dan fakta, serta pendirian bersama kerajaan perpaduan sebelum membuat kritikan.

Akmal dalam satu hantaran di Facebook pada Jumaat menyifatkan akta antilompat parti diluluskan di Parlimen dua tahun lalu sia-sia selepas wakil rakyat berpaling tadah tidak hilang kerusi.

Beliau juga mahu hak rakyat yang tidak mahu wujud lagi ‘katak politik’ dihormati.



Sumber | FMT Malaysia 







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo