NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

“Ada dibincangkan, Fadhlina akan jawab isu itu” - Fahmi




Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkat isu berhubung tajaan syarikat arak kepada sekolah Cina akan  dijawab sepenuhnya  oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek. 


Beliau yang juga Jurucakap, berulang kali memberitahu perkara berkenaan selepas soalan yang sama diulangi beberapa media ketika sidang media pasca mesyuarat Kabinet di Putrajaya hari ini. 


Ketika ditanya apakah isu berkenaan dibincangkan oleh kabinet, Fahmi mengakuinya namun pihaknya memutuskan supaya Fadhlina memberi penjelasan berhubung perkara terbabit.


“Ada dibincangkan (dalam mesyuarat Kabinet) dan diputuskan bahawa menteri pendidikan akan menjawab nanti. Maka saya minta untuk berhubung pejabat menteri pendidikan,” 


Terdahulu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke menyatakan pihaknya akan membincangkan bersama barisan jemaah menteri untuk meminda garis panduan yang melarang sumbangan babitkan hasil alkohol dan judi. 


Sumber: Sidang Media Kementerian Komunikasi 


#boikotsampaimerdeka #TvPertiwi





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo