NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Warga asing ‘curi’ petrol subsidi juga wajar dihukum, kata persatuan

PDAM seru tindakan undang-undang diambil terhadap warga asing yang cuba membeli minyak RON95.


PETALING JAYA: Selain pengusaha stesen minyak, tindakan undang-undang juga perlu diambil terhadap warga asing yang cuba membeli minyak RON95, kata Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM).

Presiden Khairul Annuar Abdul Aziz berkata undang-undang semasa dilihat berat sebelah kerana tidak menghukum pemandu asing yang sengaja membeli petrol bersubsidi itu.

Sebaliknya tindakan hanya diambil kepada pengusaha stesen minyak dengan denda tidak melebihi RM1 juta bagi individu dan RM2 juta untuk syarikat, kata beliau kepada FMT.

“Pada dasarnya, kita tidak mahu menjual petrol subsidi ini kepada mereka. Keuntungan sangat kecil, tak bermakna untuk kami. Kami mahukan penyelesaian untuk menghentikan mereka daripada terus membeli RON95.

“Jika kita boleh laporkan kepada pusat dan juga kepada kerajaan Singapura dan saman mereka (pemandu asing), isu ini akan berakhir,” katanya merujuk laporan seorang pengusaha stesen minyak di Melaka disiasat kerana disyaki menjual RON95 kepada kenderaan nombor pendaftaran negara jiran.

Tindakan itu susulan satu video tular memaparkan seorang lelaki warga asing menaiki kenderaan bernombor pendaftaran negara asing mengisi petrol bersubsidi di sebuah stesen minyak di Masjid Tanah, Ahad lalu.

Menurut arahan dikeluarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) pada 17 Jun 2022, stesen minyak dilarang menjual petrol RON95 kepada semua kenderaan termasuk motosikal bernombor pendaftaran asing.

Pengusaha stesen minyak yang ditangkap kerana melanggar Akta Kawalan Bekalan, yang mengawal Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan 1974, boleh berdepan hukuman iaitu denda tidak melebihi RM1 juta atau penjara tidak lebih tiga tahun, atau kedua-duanya, bagi individu, dan denda tidak melebihi RM2 juta untuk entiti atau syarikat.

Mengulas lanjut, Khairul berkata undang-undang Malaysia yang tidak menghukum pemandu asing menyebabkan mereka sentiasa mencari peluang untuk mendapatkan bekalan RON95 secara tersembunyi.

“Mencuri RON95 tidak salah di bawah undang-undang kita, dan menyebabkan mereka terus mencari peluang untuk mencurinya,” katanya.

Dalam mencari penyelesaian tuntas, beliau menyeru orang awam membantu pengusaha syarikat minyak melaporkan kejadian mencuri RON95 bagi memastikan dana pembayar cukai tidak mengalir ke kelompok yang tidak sewajarnya.

“Kami merayu kepada semua, marilah bersama kami membanteras aktiviti tidak bermoral ini,” katanya.



Sumber | FMT Malaysia 










........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo