NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Umno mahu tanding Nenggiri jika ada PRK, harap Azizi ‘sedar diri’

Noor Hariri Mohamed Noor berkata Mohd Azizi Abu Naim perlu faham keperluan Umno bertanding jika PRK DUN Nenggiri diadakan.



PETALING JAYA: Umno membayangkan mahu mewakili kerajaan perpaduan jika ada PRK di DUN Nenggiri yang diisytiharkan kosong semalam, sekali gus tidak memberi laluan kepada penyandangnya Mohd Azizi Abu Naim.

Timbalan Ketua Penerangan Umno Kelantan, Noor Hariri Mohamed Noor, berkata Azizi daripada Bersatu yang turut menyokong kerajan perpaduan harus memahami situasi terbabit dan memfokuskan kepada Parlimen Gua Musang.

“Masih terlalu awal buat telahan siapa calon (kerajaan perpaduan), tetapi yang pasti datang daripada Umno.

“Calon itu mesti berintegriti tinggi, mesra rakyat, faham kehendak pengundi muda, disukai ramai dan paling penting ‘walk the talk’, Azizi pasti faham keadaan ini…perlu juga fokus tugas Ahli Parlimen Gua Musang,” katanya kepada FMT.

Semalam, Speaker DUN Kelantan Mohd Amar Abdullah mengisytiharkan kerusi Nenggiri kosong berkuat kuasa serta-merta selepas menerima notis bertulis mengikut fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan mengenai status Azizi yang terhenti keahlian dalam parti.

Keahliannya bersama beberapa Ahli Parlimen dan Adun Bersatu menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim terhenti selepas gagal menjawab surat arahan bertulis Majlis Pimpinan Tertinggi untuk menzahirkan ikrar taat setia.

Bagaimanapun, Azizi berkata beliau akan membawa perkara itu ke mahkamah yang mungkin menyebabkan proses pengosongan kerusi memakan masa.

Suruhanjaya Pilihan Raya akan bermesyuarat 28 Jun ini untuk membincangkan pelaksanaan PRK DUN Nenggiri.

Mengulas lanjut, Hariri berkata Umno Kelantan positif dengan peluang merampas semula kerusi yang dikuasainya sebelum terlepas kepada Perikatan Nasional (PN) pada PRN Ogos tahun lalu.

“Peluang menang sentiasa ada, apatah lagi lawan hanya menang dengan majoriti 810 undi sahaja sebelum ini,” katanya.



Sumber | FMT Malaysia 








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo