NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

UMNO desak Khazanah tidak teruskan jualan saham MAHB kepada BlackRock

Mohamad semasa menyampaikan ucapan pada majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jasin di Dewan Alamanda Jasin pada Ahad. Foto Bernama


JASIN - UMNO mendesak Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) tidak meneruskan jualan pegangan saham dalam Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) kepada syarikat pro-Israel, BlackRock.

Bagaimanapun, Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, keputusan berkenaan tidak dibuat melalui Kabinet, namun masih mengharapkan ia dikaji semula.

“Kita menteri-menteri UMNO memberikan pandangan jika boleh perkara ini tidak diteruskan tetapi transaksi itu sudah terlampau maju.

“Jadi kita tengoklah macam mana, kita pun tidak tahu sama ada diteruskan atau tidak bukan di kalangan kita kerana Khazanah di bawah Kementerian Kewangan.

“Ia perlu melihatnya, baik buruk apa sahaja impaknya untuk perkara ini,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jasin di sini pada Ahad.

Pemimpin UMNO sebelum ini menyindir pihak yang mendakwa kononnya mereka membantah penjualan saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) kepada BlackRock melalui Global Infrastructure Partners (GIP) sebagai 'pahlawan'.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, ramai yang berpura-pura menjadi pahlawan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

MAHB tidak akan gulung tikar dan berdepan risiko muflis sekiranya syarikat berkaitan kerajaan itu tidak mendapat bantuan daripada syarikat pro-Israel seperti BlackRock.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, ini kerana masih banyak syarikat di luar negara yang selari dengan pendirian Malaysia dalam perjuangan Palestin boleh membantu menyelamatkan MAHB.



Sumber | FMT Malaysia 










........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo