NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Umno akan bantu calon PH PRK Sungai Bakap

Ahli MKT Umno Ahmad Maslan berkata beliau bersama seorang lagi ahli MKT Jamil Khir Baharom dihantar ke Sungai Bakap bertemu kepimpinan Umno dan PKR Nibong Tebal bagi membincangkan gerak kerja PRK.


BUTTERWORTH: Umno akan memberikan komitmen penuh untuk membantu calon Pakatan Harapan (PH) yang akan bertanding pada PRK DUN Sungai Bakap.

Ahli Majlis Tertinggi (MKT) Umno, Ahmad Maslan, berkata sehubungan itu beliau bersama seorang lagi ahli MKT Jamil Khir Baharom dihantar ke Sungai Bakap hari ini untuk bertemu kepimpinan Umno dan PKR Nibong Tebal bagi membincangkan gerak kerja PRK.

“Umno akan bantu calon PH di Sungai Bakap. Ini keputusan dalam mesyuarat ‘War Room’, iaitu saya adalah ketua sekretariatnya.

“Pengerusi Jawatankuasa War Room Khaled Nordin telah hantar saya hari ini untuk bertemu dengan Umno Bahagian Nibong Tebal di pejabat Umno (Nibong Tebal) manakala Jamil Khir akan bertemu dengan Biro Agama,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Seminar Jalan Bandar @Penang 2024 di Butterworth Arena di sini yang dirasmikan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow.

Semalam, mesyuarat barisan kepimpinan kerajaan perpaduan Pulau Pinang sebulat suara bersetuju agar PKR meletakkan calon mewakili parti gabungan itu pada PRK Sungai Bakap.

Kerusi DUN Sungai Bakap kosong susulan kematian Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lalu akibat keradangan dalam perut dan Suruhanjaya Pilihan Raya dijangka mengadakan mesyuarat khas Khamis ini bagi membincangkan tarikh penting pelaksanaan PRK di kawasan itu.

Pada PRN Pulau Pinang Ogos tahun lalu Nor Zamri yang merupakan Yang Dipertua PAS Nibong Tebal menewaskan calon PH Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 undi.


Sumber | FMT Malaysia 







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo