NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Transformasi Amanah: Amanah perlu bantu UMNO dapatkan kepercayaan ahli semula

Mohamad Sabu berucap pada Majlis Pelancaran Projek Transformasi Amanah (ProAmanah) pada Sabtu.



SHAH ALAM - Semua parti politik dalam Kerajaan Perpaduan digesa membantu UMNO memperkuat dan mengembalikan semula kepercayaan ahli-ahlinya untuk mengundi parti itu.

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, pendekatan berkenaan perlu dibuat sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) memandangkan UMNO sebahagian daripada pentadbiran.

“Sampai sekarang kalau kita pergi berkempen, ahli UMNO masi lagi enggan untuk kembali mengundi parti pemerintah sama ada Barisan Nasional (BN) atau parti-parti rakan seperjuangan BN sekarang ini.

“Kalau kekuatan UMNO tidak pulih, menjelang PRU akan datang. Kita (Amanah) akan juga berlaku kekurangan kerana mereka bersama dengan kita.

“Oleh itu, memberi keyakinan semula ahli UMNO kepada Kerajaan Perpaduan mesti dipertingkatkan oleh semua (gabungan parti politik Kerajaan Perpaduan),” katanya ketika Majlis Pelancaran Projek Transformasi Amanah (ProAmanah) pada Sabtu.

Tegas beliau, semua parti perlu memainkan peranan agar dapat menyakinkan bahawa Islam sama sekali tidak terabai di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mengulas mengenai ProAmanah, Mohamad berkata, inisiatif itu menjadi titik penting dalam perjalanan politik Amanah pada masa hadapan.

Menurutnya, pendekatan itu dibuat setelah lapan tahun parti itu ditubuhkan sebagai satu usaha berterusan memperkukuh dan mengembangkan peranan Amanah yang berteraskan Islam.

“ProAmanah membawa agenda progresif, centris, sederhana dan inklusif ke dalam lanskap politik Malaysia yang rencam dan mencabar.

“Antara agenda utama ProAmanah adalah untuk menjadikan parti ini sebuah gerakan politik yang benar-benar bergerak berasaskan nilai kebersamaan secara tegas dan konsisten,” ujarnya.

Tambah beliau, projek berkenaan itu juga bertujuan membina keupayaan organisasi yang mampan selain berupaya memposisi pemikiran politik wasati secara lebih berkesan.



Sumber | Sinar Harian 








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo