NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tolak PH, Urimai sudi pertimbang sertai PN

Pengerusi interim Urimai, P Ramasamy, berkata parti itu tidak akan bersama Pakatan Harapan.


KLANG: Parti Urimai yang baru ditubuhkan sudi mempertimbangkan untuk menyertai Perikatan Nasional jika gabungan itu sedia memperjuangkan nasib orang bukan Melayu, menurut pengerusi interim, P Ramasamy.

Bekas pemimpin DAP itu berkata Urimau sedia bekerjasama dengan gabungan politik selain Pakatan Harapan.

“Sesebuah parti politik harus bertanding dan kekal relevan, dan itu juga bererti berpakat. Jelas sekali kami tidak akan bersama PH. Kami mungkin sertai gabungan itu, tetapi masih terlalu awal untuk ditentukan,” katanya.

“Ada kemungkinan (mohon sertai PN) tetapi ini bergantung sama ada PN tangani nasib orang bukan Melayu,” katanya lagi, kepada pemberita selepas melancarkan ibu pejabat Urimau Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Beliau tidak menghuraikan isu-isu berkaitan orang bukan Melayu yang PN boleh perjuangkan.

Urimau ditubuhkan pada November 2023 selepas Ramasamy keluar DAP, dan sedang menanti kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).

Ramasamy berkata Urimai sedia ketengahkan calon bebas pada pilihan raya akan datang sekiranya pendaftaran parti itu belum selesai.

“Urimai akan sokong mereka dan kami akan beritahu orang ramai bahawa kami menyokong calon-calon itu,” katanya.

Ramasamy minggu lalu berkata pihaknya membuat permohonan untuk mendaftarkan Urimai lebih enam bulan lalu, tetapi JPPM masih belum beri jawapan. Malaysiakini berkata beliau mempertimbangkan tindakan undang-undang.

Ramasamy menyertai DAP pada 2005 dan pernah menjadi timbalan ketua menteri Pulau Pinang. Beliau keluar parti selepas tidak dicalonkan pada PRN Ogos lalu.



Sumber | FMT Malaysia 









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo