NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tindakan 11 PIBG bagai kaduk naik junjung

Foto: Pengerusi Lembaga Pengarah Sekolah Menengah Chung Ling Pulau Pinang, Datuk Seri Koay Hean Eng (tengah) yang membantah pelaksanaan paksa sekurang-kurangnya satu kelas menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

BAGAI KADUK NAIK JUNJUNG

Mengetepikan kedaulatan Bahasa Melayu adalah sebuah kebiadaban. Jika bodoh masih boleh diajar, jika biadab memang kurang ajar. 

Kalau tidak fasih Bahasa Melayu, belajar dan praktik. Bukannya membantah pelaksanaan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Sudah tercatat jelas dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan bahawa Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan. Bahasa yang menyatukan rakyat Malaysia. 

Tidak sepatutnya usaha kementerian untuk memartabatkan Bahasa Melayu disebut sebagai ‘satu bentuk hukuman paksa’ ke atas anak-anak di sekolah.

Sungguh dangkal hujah mereka yang tidak ingin menguasai Bahasa Melayu sedangkan kita tidak pernah menghalang mereka menguasai serta menggunakan bahasa Inggeris, Mandarin mahupun Tamil. Jadi, jangan melampau sehingga menjadikan bahasa kebangsaan kita sebagai bahasa kelas kedua.

Sekian

Zurk Ahmad
Ketua Penerangan PAS Selangor

*Facebook*
https://bit.ly/3VuZ9uh

*Instagram*
https://bit.ly/3Xh6ejv

*Twitter*
https://bit.ly/3XbtgIl

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo