NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tegas kuat kuasa tanda harga, KPDN diberitahu

Peruntukan bawah Akta Kawalan Harga menjelaskan tanggungjawab penjual untuk memastikan pembeli dimaklumkan mengenai harga. 


GEORGE TOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bertindak lebih tegas dalam menguatkuasakan Seksyen 8(1) Akta Kawalan Harga 1946 Pindaan 1973 yang mewajibkan peniaga mempamerkan tanda harga pada barangan jualan.

Presidennya Mohideen Abdul Kader berkata tinjauan CAP di seluruh negeri mendapati tahap ketidakpatuhan peniaga terhadap keperluan meletakkan tanda harga masih meluas termasuk dalam kalangan penjual di gerai makanan, pasar basah, pasar malam, restoran dan kedai runcit.

“Kesalahan utama ialah tiada sebarang tanda harga yang boleh dilihat pada gerai menjual makanan dan minuman diikuti restoran sama ada tidak mengemas kini harga atau memberikan maklumat mengelirukan kepada pengguna.

“Ketiadaan tanda harga yang telus ini sering menyebabkan pengguna dikenakan bayaran berlebihan kerana mereka tidak mempunyai senarai harga yang didokumenkan untuk dirujuk apabila berlaku pertikaian berhubung bil mereka,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, kenaikan harga diesel baru-baru ini juga dilihat berpotensi menyumbang kepada kos makanan yang lebih tinggi, justeru penting untuk pengguna dimaklumkan mengenai harga lebih awal.

Menurutnya, peruntukan bawah Akta Kawalan Harga menjelaskan tanggungjawab penjual untuk memastikan pembeli dimaklumkan mengenai harga, bagaimanapun penguatkuasaan yang tidak mencukupi menjejaskan keberkesanan pelaksanaan undang-undang di bawah peruntukan itu.

“Selain itu, CAP juga menggesa penguatkuasaan yang lebih ketat dan pendakwaan terhadap semua pesalah demi menjaga hak pengguna serta memastikan amalan perdagangan yang adil,” katanya.



Sumber | FMT Malaysia 







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo