NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Syed Hussin yakin Johari Abdul boleh dibudi bicara, pertahan kedudukan ahli parlimen



PETALING JAYA: Ahli Parlimen Bukit Gantang Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal mendakwa ada unsur jahat dan sengaja dalam pindaan Perlembagaan Bersatu berhubung perlucutan keahliannya.

Sambil menyifatkan tidak selari dengan Perlembagaan Persekutuan, beliau menekankan keputusan itu yang didakwa sebagai ‘pemecatannya’ tidak memberi sebarang kesan kepada kedudukannya sebagai Ahli Parlimen.

“Muslihat Bersatu apabila membuat pindaan perlembagaan parti, ugutan terbuka seperti dilakukan pimpinan kanan parti serta keputusan Majlis Pimpinan Tertinggi yang mencari ikhtiar menggugurkan keanggotaan saya merupakan satu tindakan sengaja.

“Perkara 49(2)(c) telah jelas menyatakan bahawa kedudukan saya selaku ahli Dewan Rakyat tidak terhenti apabila parti Bersatu memecat saya setelah nama saya dikeluarkan daripada senarai keahlian,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau juga yakin Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul akan menggunakan budi bicaranya dalam membuat keputusan mengenai status kekosongan kerusi berkenaan.

Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin berkata pihaknya notis pemakluman keahlian lima Ahli Parlimen dan seorang Adun Bersatu yang terhenti serta-merta telah diserahkan semalam.

Ia diserahkan kepada Syed Hussin, Azizi Abu Naim (Gua Musang) yang juga Adun Nenggiri, Zahari Kechik (Jeli), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), selain Adun Selat Klang Abdul Rashid Asari.

Kesemuanya menerima surat kerana tidak mematuhi dan menjawab surat arahan parti yang antaranya meminta mereka tidak menyokong pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Labuan Suhaili Abdul Rahman pula telah menerima surat keahliannya terhenti serta-merta kerana membawa parti itu ke mahkamah.



Sumber | FMT Malaysia 









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo