NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sumbangan Anwar, Kor Ming menjelang PRK Sungai Bakap jelas ada elemen sogokan, rasuah – Rasuah Busters



  • Rasuah Busters mendakwa beberapa sumbangan disalurkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) diterajui Nga Kor Ming di kawasan Pulau Pinang menjelang PRK DUN Sungai Bakap adalah jelas mempunyai elemen sogokan dan rasuah.
  • Rasuah Busters berkata sebarang bentuk janji dan pemberian menjelang pilihan raya bukan saja menimbulkan tafsiran dan persepsi negatif rakyat, bahkan ia adalah ancaman besar yang mampu menggugat sistem demokrasi negara ini.
  • “Tindakan sedemikian memberi gambaran hipokrasi yang tidak mencerminkan aspirasi dan komitmen sebuah negara yang sedang berusaha memerangi rasuah dan ia adalah langkah terkebelakang bagi pemulihan tadbir urus serta struktur integriti negara.
  • “Di #RasuahBusters, fokus kami adalah pada apa yang betul, bukan siapa berkuasa. Sumbangan sebegini adalah salah dan kami akan tetap berpegang pendirian ini walau gabungan mana pun menerajui kepimpinan negara. 
  • “Tidak kira siapa berkuasa; betul tetap betul, SALAH TETAP SALAH!” katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada Rabu.

KUALA LUMPUR — Rasuah Busters mendakwa beberapa sumbangan disalurkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) diterajui Nga Kor Ming di kawasan Pulau Pinang menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap adalah jelas mempunyai elemen sogokan dan rasuah.

Rasuah Busters berkata sebarang bentuk janji dan pemberian menjelang pilihan raya bukan saja menimbulkan tafsiran dan persepsi negatif rakyat, bahkan ia adalah ancaman besar yang mampu menggugat sistem demokrasi negara ini.

“Tindakan sedemikian memberi gambaran hipokrasi yang tidak mencerminkan aspirasi dan komitmen sebuah negara yang sedang berusaha memerangi rasuah dan ia adalah langkah terkebelakang bagi pemulihan tadbir urus serta struktur integriti negara.

“Di #RasuahBusters, fokus kami adalah pada apa yang betul, bukan siapa berkuasa. Sumbangan sebegini adalah salah dan kami akan tetap berpegang pendirian ini walau gabungan mana pun menerajui kepimpinan negara. 

“Tidak kira siapa berkuasa; betul tetap betul, SALAH TETAP SALAH!” katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada Rabu.

Pada 11 Jun lalu, KPKT dilaporkan memperuntukkan hampir RM18 juta bagi melaksanakan 10 projek pembangunan infrastruktur awam di kawasan Seberang Perai meliputi kategori bina baharu, baik pulih pembangunan, kerja-kerja menaik taraf landskap dan penyaluran peruntukan kepada 6 Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI).

Pada hari sama, Anwar menerusi Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin juga menyampaikan sumbangan RM290,000 kepada sembilan masjid dan 20 surau di DUN Sungai Bakap bersempena perayaan Aidiladha.

Mengulas lanjut, Rasuah Busters berkata keadilan dalam pilihan raya tidak harus dinodai amalan lapuk membeli undi rakyat dengan menaburkan habuan di mana sumber kerajaan tersebut sepatutnya diagihkan secara adil kepada yang berhak tanpa mengira masa dan tempat.

“Kerajaan perlu sentiasa berhati-hati dengan tatakelola penggunaan sumbernya semasa tempoh sensitif sekitar mana-mana pilihan raya. 

“Fungsi biasa harus diteruskan tetapi sebarang tindak-tanduk yang jelas akan mempengaruhi pilihan raya hendaklah dihentikan serta merta,” katanya.

Mengulas isu sama, Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) Pulau Pinang turut menyelar tindakan beberapa pemimpin kerajaan yang didakwa menggunakan sumber kerajaan untuk menarik undi menjelang PRK DUN Sungai Bakap pada Julai nanti.

MUDA Pulau Pinang berkata kerajaan perlu sedar penggunaan ‘gula-gula pilihan raya’ adalah tidak beretika, malah Pakatan Harapan sendiri pernah mengutuk perbuatan itu semasa menjadi pembangkang.

Katanya, budaya seperti itu perlu diberhentikan segera supaya proses pilihan raya dapat berjalan secara adil dan saksama. — The Merdeka Times





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo