NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

SPR tetapkan PRK DUN Nenggiri pada 17 Ogos


PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.43, Nenggiri, Kelantan pada 17 Ogos.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun, menyatakan bahawa tarikh penamaan calon ditetapkan pada 3 Ogos manakala undi awal dijadualkan pada 13 Ogos.

"Sejumlah 20,259 pemilih terlibat dengan peruntukan kos kira-kira RM1.6 juta," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas PRK berkenaan di sini hari ini.

Selain itu, Ramlan mengumumkan tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari bermula selepas hari penamaan calon sehingga pukul 11.59 malam, 16 Ogos.

Beliau memberitahu bahawa bagi PRK Nenggiri, Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) terkini dengan tambahan sehingga April lalu yang dikemaskini sehingga 18 Jun lalu akan digunakan.

Untuk maklumat lanjut mengenai pusat mengundi, saluran mengundi, dan nombor bilangan pengundi, orang ramai boleh membuat semakan di pautan https://mysprsemak.spr.gov.my atau hubungi Hotline SPR di talian 03-8892 7218 atau melalui aplikasi MySPR Semak bermula 29 Julai ini.

Sebelum ini, Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengumumkan kerusi DUN Nenggiri dikosongkan bermula 19 Jun lalu.

Keputusan itu dibuat selepas DUN Kelantan pada 13 Jun lalu menerima notis bertulis mengikut fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan daripada seorang Ahli DUN (ADUN) Bersatu mengenai keahlian ADUN Nenggiri, Mohd Azizi Abu Naim yang keluar dari parti itu.

Beliau adalah antara enam Ahli Parlimen dan seorang ADUN Bersatu yang digugurkan keahliannya serta-merta selepas mereka gagal memberi sebarang jawapan berkaitan surat arahan bertulis Majlis Pimpinan Tertinggi parti untuk menzahirkan ikrar taat setia kepada parti itu.

Mereka ialah Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanafi (Tanjong Karang). Seorang lagi ialah ADUN Selat Klang Datuk Abdul Rashid Asari.

Ini adalah PRK ke-12 selepas Pilihan Raya Umum ke-15 iaitu selepas PRK Bugaya (Sabah), Tioman (Perak), Padang Serai (Kedah), Kuala Terengganu (Terengganu), DUN Simpang Jeram dan Pulai (Johor), Pelangai (Pahang), Jepak (Sarawak), Kemaman (Terengganu), Kuala Kubu Baharu (Selangor) dan Sungai Bakap (Pulau Pinang).

........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...



No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo