Jeffrey Kitingan Kitingan pada bulan lalu dilaporkan berkata, kerajaan Sabah tidak akan melaksanakan JKDM kerana tidak mahu satu lagi inisiatif yang akan mengelirukan serta memecahbelahkan rakyat. |
PETALING JAYA: Sabah tetap dengan pendirian menolak pelaksanaan Jawatankuasa Komuniti Desa Madani (JKDM) di negeri itu susulan “jaminan” Perdana Menteri, Anwar Ibrahim untuk mengkaji semula isu berbangkit, kata Timbalan Ketua Menterinya, Jeffrey Kitingan.
“Memang sebelum ini kerajaan negeri melalui pemimpin-pemimpin Sabah telah pun memberi maklum kepada perdana menteri tentang bantahan dan ketidaksetujuan penubuhan JKDM.
“Dan respons yang kita dapat ialah ia akan dikaji semula,” katanya kepada FMT.
Kelmarin, Anwar dilaporkan memberi jaminan akan membincang cadangan pelaksanaan JKDM di Sabah dengan pemimpin negeri itu bagi merungkai permasalahan berbangkit.
Bagaimanapun, katanya, JKDM hanya membabitkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, bukannya persekutuan secara menyeluruh.
Akhir bulan lalu, Kitingan dilaporkan berkata, kerajaan Sabah tidak akan melaksanakan JKDM kerana tidak mahu satu lagi inisiatif yang akan mengelirukan serta memecahbelahkan rakyat kerana sudah ada inisiatif Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung.
Sebagai ahli jawatankuasa teknikal MA63 (Perjanjian Malaysia 1963), katanya, beliau secara peribadi meminta inisiatif Putrajaya bagi membasmi kemiskinan luar bandar itu tidak dilaksanakan memandangkan ia tidak dijalankan di Sarawak.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment