NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pulau Pinang diskriminasi peruntukan buat ADUN pembangkang

Pemimpin Zalim yang Bangga dengan Kezaliman Mereka.*m

Jarang berlaku dalam sejarah politik negara, pemimpin politik berbangga dengan kezaliman yang mereka lakukan kepada rakyat.

“Kalau pilih ADUN pembangkang, dia tak ada peruntukan,” kata Pengarah Pilihan Raya Kerajaan Perpaduan PRK DUN Sungai Bakap.

Terima kasih YB Dato’ Dr. Mohamad Abdul Hamid kerana mengaku adanya diskriminasi peruntukan buat ADUN pembangkang oleh Kerajaan Perpaduan di Pulau Pinang.

Kenyataan ini tidak lain menunjukkan sifat zalim dan bodoh sombong Kerajaan Perpaduan dalam memimpin masyarakat Pulau Pinang.

Ini juga bukti bahawa Kerajaan Perpaduan langsung tidak peduli dengan kebajikan rakyat dan telah menzalimi hak rakyat yang sepatutnya dilayan secara adil.

Apa guna demokrasi serta mandat rakyat jika akhirnya rakyat dibeza-bezakan hanya kerana tidak mengundi mereka?

Mereka sangka dengan menyekat peruntukan, pihak pembangkang akan lumpuh. Namun sebaliknya, wakil rakyat PN di Pulau Pinang tetap terus berkhidmat kepada rakyat yang memerlukan di kawasan mereka.

Itulah beza calon yang bekerja untuk rakyat dan calon yang bekerja untuk kuasa.

Saya yakin rakyat Sungai Bakap bijak menilai untuk menolak kezaliman Kerajaan Perpaduan dan memberi undi kepada parti yang adil dan berkebajikan seperti PN.

Sekian

Zurk Ahmad
Ketua Penerangan PAS Selangor

Sumber | Facebook 

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo