NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRK Nenggiri: Walaupun Azizi sokong Kerajaan Perpaduan, dia bukan ahli UMNO

Ketua Pemuda Umno Kelantan Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani, Ketua Penerangan Umno Gua Musang Amran Arifin dan Ketua Wanita Umno Gua Musang Nor Fadzlete Aryani Mat Rosli antara disebut calon PRK Nenggiri.


PETALING JAYA: Seorang pemimpin Umno Kelantan memaklumkan Mohd Azizi Abu Naim, wakil rakyat Bersatu berpaling tadah tiada dalam senarai untuk diketengahkan pimpinan tertinggi parti bagi menghadapi PRK DUN Nenggiri 17 Ogos ini.

Sumber enggan dinamakan berkata, keutamaan Umno ketika ini adalah menyenaraikan ahli parti sendiri berbanding ‘orang luar’.

“Walaupun Azizi sokong kerajaan perpaduan, kita tetap akan utamakan ahli kita sendiri, soal Azizi nak bertanding atas tiket mana nanti kita serah kepada kebijaksanaan beliau,” katanya sumber itu kepada FMT.

Umno Gua musang menyenaraikan beberapa nama untuk dipertaruhkan di Nenggiri, antara disebut ialah ketua Pemuda Umno Kelantan merangkap Ketua Pemuda Gua Musang Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani, Ketua Penerangan Umno Gua Musang Amran Arifin dan Ketua Wanita Umno Gua Musang Nor Fadzlete Aryani Mat Rosli.

Sementara itu, Timbalan Ketua Penerangan Umno Kelantan, Noor Hariri Mohamed Noor, ketika dihubungi tidak menafikan senarai berkenaan sambil memaklumkan parti mempunyai ramai calon berkelayakan.

Katanya, Umno Gua Musang tidak ketandusan calon untuk diketengahkan di DUN Nenggiri.

“Azmawi salah seorang daripadanya berasaskan kepada merit beliau sebagai ketua Pemuda Umno Gua Musang dan sangat aktif dalam program belia di sana, begitu juga individu lain.

“Apa-apa pun saya yakin dan percaya Tengku Razaleigh Hamzah selaku ketua Umno Gua Musang lebih mengetahui kriteria dan kelayakan seseorang untuk berkhidmat kepada rakyat di Nenggiri,” katanya.

Mengulas ketiadaan Azizi dalam senarai Umno, Hariri berkata perkara itu belum dibincangkan dalam mesyuarat pilihan raya pusat.

Hariri berkata, Umno Kelantan juga sedia berdepan PAS yang mewakili Perikatan Nasional (PN) pada PRK itu nanti.

PRK Nenggiri diadakan selepas Speaker DUN Kelantan Mohd Amar Abdullah pada Pada 19 Jun lalu mengisytiharkan kerusi itu kosong apabila dimaklumkan Azizi bukan lagi ahli Bersatu.

Menurut Bersatu, keahlian Azizi dihentikan selepas dia gagal mengisytiharkan kesetiaannya kepada parti dan menunjukkan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Azizi yang juga Ahli Parlimen Gua Musang dipilih Adun Nenggiri pada PRN Ogos tahun lalu selepas menewaskan Ab Aziz Yusoff daripada Umno, bekas Adun kawasan itu dalam persaingan satu lawan satu dengan majoriti 810 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari penamaan calon pada 3 Ogos dan undi awal 13 Ogos.



Sumber | FMT Malaysia 









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo