NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Polis siasat penyebaran gambar didakwa berkait kes Zayn

Siasatan berhubung penyebaran gambar yang dikaitkan dengan kes Zayn Rayyan akan dijalankan mengikut Akta Rahsia Rasmi. 


PETALING JAYA: Polis membuka kertas siasatan susulan penyebaran beberapa gambar di media sosial, yang dikaitkan dengan kes kematian Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan, berkata individu yang didakwa terbabit dalam penyebaran itu sedang dikesan, susulan laporan polis oleh pegawai penyiasat kes berkenaan.

Menurutnya, siasatan akan dijalankan mengikut Akta Rahsia Rasmi.

“Kita akan mengesan individu yang disyaki terbabit penyebaran itu,” katanya, lapor Berita Harian.

Beberapa gambar yang didakwa mempunyai kaitan dengan kes Zayn tular di media sosial baru-baru ini, namun kesahihan dakwaan itu belum dipastikan.

Zayn, seorang kanak-kanak autisme berusia enam tahun, ditemukan meninggal dunia di kawasan kebun tidak jauh dari kediamannya di Damansara Damai, Selangor, pada 6 Dis lepas, sehari selepas dilaporkan hilang.

Bedah siasat mendapati beberapa kecederaan di badannya, termasuk kecederaan mempertahankan diri, dan dia dipercayai meninggal dunia akibat dicekik.

Sebelum ini, dua laporan dibuat termasuk oleh keluarga Zayn berhubung penyebaran kandungan didakwa ‘maklumat siasatan’ kepada umum.

Penyebaran itu tidak lama selepas ibu bapa Zayn dituduh di mahkamah, atas tuduhan mengabaikan kanak-kanak dengan cara kemungkinan menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya, pada 13 Jun lalu.

Penyebaran itu mendorong polis untuk menilai keperluan menugaskan anggota menjaga keselamatan mereka.

Bapa Zayn, Zaim Ikhwan Zahari, dan ibunya, Ismanira Abdul Manaf, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.



Sumber | FMT Malaysia 









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo