NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PH tidak lagi berjuang lawan kronisme




Pemuda BERJASA, Isma Aiman menyatakan isu pemberian projek kerajaan kepada suami Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh iaitu Ramachandran Muniandy tidak sepatutnya berlaku. 


Jelas Isma Aiman, ini kerana kerajaan yang dipimpin amat dikenali sebagai pihak yang menolak unsur kronisme, justeru ini menampakkan parti berkenaan lupa akan perjuangan memerangi kronisme. 


Beliau turut  mempersoalkan, mengapa hanya dua buah syarikat sahaja yang tampil membida mendapatkan tender projek tersebut dan bagaimana mekanisme pemberian projek itu diberikan kepada syarikat Asia Mobiliti milik suami Hannah Yeoh.


Ujarnya, proses tersebut amat mencurigakan dan membahayakan kerana isu tersebut berlaku yang menandakan terdapat keculasan dalam menjalankan tugas melibatkan timbang taruh rakyat. 


Dakwanya, mungkin ada pihak atasan yang mencuba membuat kekacauan terhadap urusan rasmi dek kerana politik, rasuah, kepentingan diri atau kuasa.   


Sumber : Portal Gelombang Berjasa 


#TvPertiwi





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo