NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Penurunan kadar surcaj ICPT dijangka dapat turunkan harga barang

Kerajaan laksana subsidi elektrik secara bersasar dengan syarat ia tidak akan menjejaskan kepentingan majoriti rakyat, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. (Gambar Bernama)


BUTTERWORTH: Penurunan kadar surcaj Pelepasan Kos Tidak Berimbang (ICPT) kepada pengguna komersial dan industri dijangka dapat menurunkan harga barangan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata pihak kerajaan bersetuju untuk menurunkan kadar surcaj ICPT kepada syarikat besar dengan maksud mereka dapat membantu dalam usaha mengurangkan harga barangan.

“Kita akan pantau adakah penurunan kadar elektrik ini akan membawa kesan penurunan harga barang,” katanya pada sidang media.

Beliau berkata kerajaan melaksanakan subsidi elektrik secara bersasar dengan syarat utama ia tidak akan menjejaskan kepentingan majoriti rakyat.

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (Petra) mengumumkan tiada kenaikan tarif elektrik kepada semua pengguna elektrik di Semenanjung mulai 1 Julai hingga 31 Dis ini.

Kenyataan itu memaklumkan punurunan surcaj sebanyak 1 sen/kWj kepada kategori lampu jalan (tarif G dan G1) di bawah seliaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), manakala pengguna komersial dan industri juga akan mengalami penurunan kadar surcaj ICPT sebanyak 1 sen/kWj, bagi tempoh sama.

Terdahulu, Anwar mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang di The Light Hotel.

Anwar berkata mesyuarat yang berlangsung lebih kurang dua jam bermula 5.50 petang itu membincangkan isu melibatkan orang Melayu dan Bumiputera di Pulau Pinang, serta program yang boleh dianjurkan bagi membantu mereka.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Mohammad Abdul Hamid dan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Pembangunan Keusahawanan dan Luar Bandar Pulau Pinang Rashidi Zinol.



Sumber | FMT Malaysia 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo