NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Penduduk rayu kerajaan bina klinik, sekolah satu aliran bukannya SJKC




Penduduk Bandar Kinrara tampil merayu kepada pihak kerajaan untuk lebih mementingkan pembinaan terhadap klinik kesihatan dan sekolah satu aliran berbanding menubuhkan lagi satu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di bandar tersebut. 


Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi Persatuan Penduduk BK5B dan Pengerusi Pertubuhan Badan Bertindak Bandar Kinrara, Mohd Haron Mohamad Sidik yang menyatakan penduduk di bandar itu lebih mahu kerajaan memberi perhatian terhadap pembinaan 6 buah sekolah Kebangsaan, 3 buah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) serta Sekolah Rendah Agama di Bandar Kinrara. 


Ujar Haron, pihaknya menzahirkan kekecewaan apabila permintaan mereka yang lebih 20 tahun itu ditolak dengan alasan kerajaan tidak mempunyai sebarang peruntukan untuk merealisasikan kekurangan fasiliti tersebut namun dengan mudahnya meluluskan pembinaan SJKC di atas tapak sekolah kebangsaan. 


Katanya, penduduk terpaksa mendapatkan pemeriksaan di klinik kesihatan yang jauh daripada bandar berkenaan, misalnya di Klinik Kesihatan di batu 14 Puchong, Taman Medan dan Klinik Kesihatan Batu 6 Puchong Kuala Lumpur. 


Akibat daripada kekurangan fasiliti tersebut telah memberi bebanan dan keresahan kepada penduduk Bandar Kinrara dan kini mereka merayu kepada kerajaan untuk segera membina klinik kesihatan di kawasan tersebut. 


Sumber: Pengerusi Persatuan Penduduk BK5B dan Pertubuhan Badan Bertindak Bandar Kinrara


Ikuti Tiktok Berita Pertiwi, Telegram TV Pertiwi Official, Youtube Berita Pertiwi:

https://www.youtube.com/@beritapertiwi

https://www.tiktok.com/@beritapertiwi

https://t.me/tvpertiwi

#TvPertiwi





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo