NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Negara boleh pinjam IMF apabila bankrap

Rafizi Ramli berkata negara tidak boleh pergi kepada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) selagi mampu membayar hutang.


PETALING JAYA: Menteri Ekonomi Rafizi Ramli menempelak pihak pembangkang berhubung pernyataan mengaitkan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel oleh kerajaan ketika ini dengan pinjaman Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Rafizi yang juga timbalan presiden PKR berkata tidak timbul soal pinjaman IMF kerana hanya negara berada di ambang muflis akan mendapatkan bantuan kewangan sedemikian.

“Kamu tak boleh pergi kepada IMF kalau kamu boleh bayar hutang. Ada Malaysia nak bankrap sekarang, ada kita tak boleh bayar hutang? Tak timbul soal IMF, kalau pun ada orang gila nak pinjam IMF, IMF akan kata kamu gila.

“Kamu tak boleh pinjam daripada kami (IMF) kerana kamu masih lagi ada duit. Negara yang pergi kepada IMF hanyalah negara yang sudah nak bankrap, baru boleh pergi kepada IMF,” katanya ketika berucap pada ceramah perpaduan sempena PRK DUN Sungai Bakap di Taman Tasek Indah, Simpang Ampat, Nibong Tebal, malam tadi.

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada pertanyaan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin dalam satu kempen ceramah mega PN di Sungai Bakap pada Jumaat lalu yang bertanyakan sama ada pelaksanaan penyasaran subsidi diesel itu mempunyai kaitan dengan pinjaman IMF.

PRK DUN Sungai Bakap pada 6 Julai ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Pakatan Harapan Joohari Ariffin dan calon PN Abidin Ismail yang diadakan susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lalu akibat keradangan dalam perut.



Sumber | FMT Malaysia 








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo