NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mustahil noktah miskin tegar di Sabah menjelang Julai, kata Shafie

Setakat Julai tahun lepas, Sabah dilaporkan mempunyai kadar kemiskinan tegar tertinggi, iaitu 19.7%, diikuti Kelantan (13.2%) dan Sarawak (10.8%), menurut Jabatan Perangkaan.


PETALING JAYA: Presiden Warisan Shafie Apdal tidak yakin kerajaan persekutuan dapat mencapai matlamat membasmi kemiskinan tegar di Sabah menjelang akhir Julai, menyifatkannya sebagai ‘mustahil’.

Bekas ketua menteri Sabah itu berkata, data kerajaan persekutuan mengenai kemiskinan tegar di negeri itu tidak menggambarkan realiti di lapangan, yang jauh lebih teruk.

“Kalau berdasarkan jumlah yang ada, saya yakin (kemiskinan tegar) tak dapat diatasi (menjelang hujung Julai) kerana angkanya jauh lebih tinggi, bukan sekadar 10,000 (isi rumah).

“Contohnya, kalau kita lihat pada Pulau Sebatik, Pitas dan Long Pasia …. di kawasan ini saja ramai yang miskin tegar … bayangkan di daerah lain,” katanya kepada pemberita di Papar, Sabah.

Jumaat lepas, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan merancang membasmi kemiskinan tegar di Sabah menjelang akhir Julai, dengan bilangan isi rumah dalam kategori itu telah menurun daripada 20,000 kepada 9,000.

Menurut Jabatan Perangkaan pada Julai tahun lepas, Sabah mempunyai kadar kemiskinan tegar tertinggi, iaitu 19.7%, diikuti Kelantan (13.2%) dan Sarawak (10.8%).

Shafie berkata, langkah lebih terperinci diperlukan untuk menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah dengan berkesan, memandangkan situasi di negeri itu berbeza dengan Semenanjung Malaysia.

“Di Semenanjung, orang miskin mungkin ada pendapatan sekurang-kurangnya RM1,000, tetapi di Sabah ini, kerja tidak ada, pendapatan pun tidak ada,” katanya.

Ahli Parlimen Semporna itu menambah, beliau tidak mahu kerajaan menganggap kemiskinan tegar telah dihapuskan, sedangkan masih ada rakyat yang hidup daif di Sabah.


Sumber | FMT Malaysia 







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo