NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Muhyiddin kekal sebagai Presiden BERSATU




Majlis pimpinan tertinggi BERSATU memutuskan Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal sebagai Presiden.


Ia bagi memenuhi ketetapan perhimpunan agung tahunan khas pada November tahun lalu yang diputuskan sebulat suara, menurut Setiausaha Agung Datuk Seri Hamzah Zainudin.


“BERSATU juga kekal mengikut perlembagaan parti bagi pertandingan untuk jawatan-jawatan lain, dengan calon yang berhasrat untuk bertanding pada pemilihan Oktober ini perlu memohon kepada MPT selari dengan Fasal 14.14 dan 14.16 Perlembagaan BERSATU.


“Pada masa yang sama, mesyuarat turut membincangkan banyak perkara melibatkan situasi terkini ekonomi negara, beban kos sara hidup rakyat yang tiada penyelesaian, isu penyasaran subsidi bahan api oleh kerajaan serta senario semasa politik negara yang meresahkan,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.


Pemilihan pemimpin akan diadakan pada Oktober, katanya lagi.


Sumber : Sinar Harian


#TvPertiwi


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo