NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

KPKT lantik 200 ‘duta online’ tangkis mereka yang tidak selaras dengan Aspirasi Madani

Nga Kor Ming berkata kandungan menggunakan kreativiti boleh membantu maklumat disampaikan lebih berkesan dan menarik perhatian.


PETALING JAYA: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melantik 200 ‘duta online’ terdiri daripada kakitangan kementerian itu untuk menangkis fitnah dengan menyampaikan maklumat sahih.

Menterinya Nga Kor Ming berkata mereka akan menggunakan bahasa dan pendekatan lebih mudah difahami rakyat bagi menyampaikan dasar mesra rakyat diperkenalkan kerajaan.

“Dalam era digital ini, media sosial memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat.

“Video pendek, siaran langsung, dan pelbagai platform boleh digunakan sebagai medan menyelaraskan info kerajaan supaya rakyat berdiri teguh bersama mendukung aspirasi Malaysia Madani,” katanya dalam satu kenyataan.

Pelantikan duta online itu diumumkan Nga selepas majlis perasmian bengkel Sentuhan Maya KPKT, hari ini.

Anggota duta online KPKT itu katanya akan menggunakan kreativiti dalam menghasilkan kandungan yang menarik dan tidak membosankan.

Kor Ming berkata, beliau percaya dengan kreativiti, maklumat yang benar dapat disampaikan dengan lebih berkesan dan menarik perhatian masyarakat.

“Langit adalah hadnya,” katanya.



Sumber | FMT Malaysia 








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo