NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kos penanaman padi dijangka meningkat - Sanusi



ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyuarakan kebimbangan pesawah terkesan apabila kos penanaman padi terutamanya melibatkan sewa jentera pertanian meningkat berikutan penstrukturan semula subsidi diesel bermula Isnin lepas.

Beliau berkata, ia memandangkan ada jentera pertanian didapati tidak disenarai dalam penyasaran subsidi diesel itu.

Menurutnya, secara keseluruhannya, kadar upah sebelum kenaikan bahan api adalah RM1,545.25 per hektar, namun kadar upah baharu adalah RM2,534.21 per hektar iaitu kenaikan sebanyak RM988.96 per hektar.

"Kedah ini negeri pengeluar padi (namun) jentera membajak dan menuai tidak termasuk dalam kategori yang akan diberi penyasaran subsidi.

"Ia akan mengheret kepada kenaikan kos pesawah iaitu kos upah bajak (sebanyak) tiga pusingan dan upah menuai," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar di Wisma Darul Aman pada Rabu.

Hadir sama, Exco Pertanian, Perladangan, Pengangkutan negeri, Dzowahir Ab Ghani.

Sehubungan itu, Muhammad Sanusi menyifatkan, penyelarasan subsidi diesel dilakukan kerajaan hingga memberi kesan kepada pesawah adalah satu tindakan gopoh.

"Kerajaan kata hendak tolong orang susah (dan) tidak mahu subsidi dapat kepada orang kaya tetapi yang paling susah (pesawah) pun tidak termasuk dalam kumpulan yang akan terima penyasaran subsidi itu.

"Jadi dia (kerajaan) kira siapa. Saya rasa gopoh sangatlah tindakan ini,"katanya.

Beliau turut berpandangan, kerajaan Persekutuan seharusnya tidak melakukan justifikasi terburu-buru dengan menaikkan harga diesel.

Katanya lagi, beliau tidak menaruh sebarang harapan berhubung isu diesel disebabkan tidak yakin sama ada suara itu akan dilayan ataupun sebaliknya.

"Jikalau berharap kan, adakah mereka hendak layan.Saya rasa seluruh rakyat Malaysia menaruh harapan, akhirnya mereka dikecewakan.Harapan tinggal harapan,” katanya.

Dalam pada itu, ketika diminta mengulas isu hutan paya bakau di Sungai Merbok dijadikan kawasan longgokan sisa domestik, beliau meminta semua pihak berkuasa tempatan (PBT) memberi perhatian dan menangani isu tersebut.



Sumber | Sinar Harian 






 


 


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo