NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kes Faisal Halim: Kes dilihat ‘suram’, Masih belum ada perkembangan siasatan



SHAH ALAM: Peguam Selangor FC, Haijan Omar, berkata anak guamnya tidak dimaklumkan perkembangan siasatan ke atas kes pemain bola sepak Faisal Halim disimbah asid.

Bercakap pada sidang media bersama mangsa di Pusat Latihan Pasukan Bola Sepak Selangor petang tadi, peguam berkata pihaknya yakin siasatan dilakukan secara profesional.

“Dari semasa ke semasa kita akan sentiasa berhubung dengan pihak polis untuk mengetahui perkembangan siasatan membabitkan kes itu,” katanya.

Haijan menambah beliau dimaklumkan kali terakhir Faisal didatangi polis ialah semasa mangsa menerima rawatan di unit rawatan rapi.

Beliau percaya pelaku akan diheret ke muka keadilan, dan Selangor FC akan terus membantu siasatan polis,

Haijan juga meminta orang ramai supaya tidak membuat spekulasi berhubung kejadian itu, dan berwaspada dengan cerita tidak sahih di media sosial.

Peguam tampil bersama Faisal hari ini, yang kali pertama muncul di khalayak sejak kejadian pada 5 Mei lalu.

Pemain Selangor FC dan Harimau Malaya itu dibenarkan pulang ke rumah 25 Mei, selepas tiga minggu menjalani rawatan dan empat pembedahan di hospital. Kesan melecur daripada bekas simbahan asid itu jelas kelihatan di bahagian muka dan lengannya.

Faisal mengalami luka lecuran tahap empat selepas menjadi mangsa simbah asid di sebuah pusat beli-belah. Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah dengan senjata atau lain-lain benda yang berbahaya.

Beliau dikawal ketat pasukan keselamatan sepanjang sidang media yang bermula pada 2.30 petang.

Katanya, beliau hampir membuat keputusan bersara daripada dunia bola sepak selepas kejadian itu, ‘asalkan keluarga selamat dan tak hidup dalam ketakutan’.


Sumber | FMT Malaysia 







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo