NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerajaan tidak boleh ‘flip-flop’ dalam pendirian terhadap Israel, kata Mukhriz

Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir berkata tindakan kerajaan membenarkan BlackRock memiliki pegangan dalam MAHB menunjukkan negara tunduk pada kuasa asing yang menggunakan kekuatan ekonomi.


KUALA LUMPUR: Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir berkata kerajaan perlu konsisten dalam pendiriannya terhadap Israel dan terus mempertahankan kedaulatan negara dengan tidak tunduk kepada kuasa ekonomi Barat.

Mukhriz berkata, tindakan kerajaan membenarkan BlackRock, firma yang didakwa mempunyai kaitan dengan Israel, memiliki pegangan dalam Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), menunjukkan kuasa asing menggunakan kekuatan ekonomi untuk memaksa negara mengambil pendirian tertentu.

“Tidak masuk akal untuk melibatkan BlackRock dalam ekonomi kita. Sebagai sebuah negara berdaulat, Malaysia perlu mengekalkan pendirian jelas dan konsisten yang kita pertahankan selama beberapa dekad ini.

“Sejak Abdul Rahman (perdana menteri pertama), Malaysia sangat lantang di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menyokong Palestin dan menentang Israel,” katanya ketika berucap dalam forum ‘Tolak Blackrock’ anjuran Sekretariat Solidariti Palestin.

Sementara itu, Pengerusi BDS Malaysia, Nazari Ismail, pula berkata kerajaan juga harus memboikot BlackRock daripada bekerjasama dan melabur dalam konsortium tersebut.

“Ini akan menghancurkan reputasi perdana menteri (Anwar Ibrahim) dan negara sebagai penyokong nombor satu Palestin,” katanya.

Sebelum ini, beberapa pihak menentang penyertaan BlackRock, menerusi anak syarikat penuhnya Global Infrastructure Partners (GIP), dalam konsortium bersama Khazanah Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja bagi meningkatkan pegangan dalam MAHB.

Mereka mendakwa walaupun GIP dan Abu Dhabi Investment Authority hanya memiliki 30% pegangan, ia membenarkan kemasukan BlackRock dalam pengurusan dan memiliki 39 lapangan terbang di Malaysia.

Pengkritik juga menuduh BlackRock, firma pelaburan berpangkalan di New York, ‘mengambil untung daripada genosid’ menerusi pegangannya dalam syarikat persenjataan Amerika Syarikat, yang didakwa membekalkan senjata kepada Israel.

Bagaimanapun, Isnin lalu FMT melaporkan seorang pegawai Kementerian Kewangan berkata kerajaan tidak lagi boleh mengingkari rancangan penswastaan itu, kerana ‘kereta api telah meninggalkan stesen’ dan tawaran rasmi telah dibuat.

Sebelum ini, Khazanah memberikan jaminan GIP, sebagai rakan konsortium tidak mempunyai kuasa menentukan pengurusan MAHB apabila rundingan dimuktamadkan.



Sumber | FMT Malaysia 







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo