NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerajaan patut beri tempoh kepada peniaga, kami rugi stok lama terpaksa dijual harga lebih murah



IPOH - Peniaga menyarankan kerajaan untuk memantau bekalan telur ayam agar selari dengan penurunan harga runcit telur ayam gred A, B dan C di seluruh negara.

Peniaga, Kok Siew Yan, 70, berkata, bekalan yang disediakan pembekal hanya sekadar cukup untuk memenuhi keperluan pelanggan.

"Sudah masuk hari kedua penjualan telur pada harga baru, jualan kami seperti biasa hanya melibatkan pelanggan tetap terutama peniaga dan pengunjung Pasar Besar Ipoh.

"Tetapi untuk tambah telur agak susah. Saya tempah 3,000 biji setiap hari untuk pelbagai gred tetapi pembekal hanya berikan 1,500 biji sahaja.

"Tiada penambahan diberikan, jadi jualan kami hanya cukup-cukup sahaja dengan sedikit keuntungan," katanya ketika ditemui Sinar Harian di Pasar Besar Ipoh sini pada Selasa.

Bagi peniaga yang mahu dikenali sebagai Sarah, kerajaan seharusnya memberi suatu tempoh kepada peniaga terlebih dahulu sebelum melaksanakan harga baru.

"Dengan pengumuman itu, kami tidak sempat menjual telur yang dibeli pada Ahad dan mengalami kerugian apabila tidak dapat menjual pada harga lama.

"Tambahan harga bagi telur gred D kini sudah sama dengan gred C. 900 biji telur gred D di kedai biasa dapat dijual dalam tempoh sehari kini sudah tidak boleh dijual melainkan turun harga," katanya.

Berkaitan dengan stok telur, tambahnya, bekalan yang diterima daripada pembekal hanya sekadar cukup sahaja.

"Difahamkan bekalan mungkin mengalami gangguan kerana ayam-ayam di ladang mula sakit. Itu sekadar khabar angin yang didengar," katanya.

Peniaga, Abdul Hadi Abdul Rahman, 24, berkata, penurunan harga runcit telur ayam tidak menjadikan jualannya 'laku keras'.

"Tiada pembelian luar biasa hari ini hanya biasa sahaja lagi pun pemberian subsidi pernah dilaksanakan sebelum ini.

"Kami hanya tempah 20 papan telur ayam pelbagai gred setiap hari bagi jualan telur segar" katanya.

Media melaporkan kerajaan memutuskan harga runcit telur ayam gred A, B dan C di seluruh negara diturunkan 3 sen sebiji selaras usaha mengembalikan hasil penjimatan penyasaran subsidi kepada rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kini, harga runcit bagi telur ayam gred A, B dan C masing-masing turun kepada 42 sen, 40 sen dan 38 sen sebiji berkuat kuasa Isnin.



Sumber | Sinar Harian 
















........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo