NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerajaan Malaysia, Anwar ‘subahat’ genosid di Gaza jika benarkan BlackRock beli saham MAHB



  • Kerajaan Malaysia dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan bersubahat dengan genosid rakyat Gaza sekiranya membenarkan BlackRock, firma yang didakwa mempunyai kaitan dengan Israel memiliki pegangan dalam  Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).
  • Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata ini kerana BlackRock, jelas bersubahat dengan genosid di rakyat Gaza dan pemiliknya, Larry Fink adalah seorang zionis malah secara terbuka menyokong Israel dan mengutuk Hamas.
  • “Awak boleh mempunyai kompas moral menyokong Palestin dan menolak perjanjian ini dengan Blackrock dan pada masa sama mendapatkan pelabur (lain) untuk memastikan kita dapat menaik taraf lapangan terbang yang mana pelaburnya bukan Blackrock.
  • “Boleh tak awak buat kedua-duanya? Inilah yang saya ingin beritahu Al-Jazeera, jika perjanjian ini tidak dibatalkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan Pengerusi Khazanah, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia, ia bermakna kerajaan dan perdana menteri bersubahat dalam genosid di Gaza hari ini,” katanya menerusi klip video dimuat naik di Instagram pada Jumaat.

KUALA LUMPUR — Kerajaan Malaysia dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan bersubahat dengan genosid rakyat Gaza sekiranya membenarkan BlackRock, firma yang didakwa mempunyai kaitan dengan Israel memiliki pegangan dalam Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata ini kerana BlackRock jelas bersubahat dengan genosid di rakyat Gaza dan pemiliknya, Larry Fink adalah seorang zionis malah secara terbuka menyokong Israel dan mengutuk Hamas.

Beliau juga menggesa perjanjian membabitkan MAHB itu dihentikan.

“Saya fikir (urusan penjualan saham ini) niat baiknya adalah kerana kerajaan mahu menaik taraf lapangan terbang. Tetapi adakah kita memerlukan BlackRock? Tidak!

“Awak boleh mempunyai kompas moral menyokong Palestin dan menolak perjanjian ini dengan BlackRock dan pada masa sama mendapatkan pelabur (lain) untuk memastikan kita dapat menaik taraf lapangan terbang yang mana pelaburnya bukan BlackRock.

“Boleh tak awak buat kedua-duanya? Inilah yang saya ingin beritahu Al-Jazeera, jika perjanjian ini tidak dibatalkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan Pengerusi Khazanah, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia, ia bermakna kerajaan dan perdana menteri bersubahat dalam genosid di Gaza hari ini,” katanya menerusi klip video dimuat naik di Instagram pada Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Rapat Umum: Tolak BlackRock, Selamatkan Harta Negarayang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur & Selangor di sini, pada Khamis.

Pada 2 Jun lalu, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri,  Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dilaporkan mempertahankan keputusan kerajaan membenarkan BlackRock memiliki pegangan dalam MAHB.

Sebelum ini, timbul kritikan menentang penyertaan BlackRock, menerusi anak syarikat penuhnya Global Infrastructure Partners (GIP), dalam konsortium bersama Khazanah Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi meningkatkan pegangan dalam MAHB.

Pengkritik juga mendakwa BlackRock, firma pelaburan berpangkalan di New York, ‘mengambil untung daripada genosid’ menerusi pegangannya dalam syarikat persenjataan Amerika Syarikat, yang didakwa membekalkan senjata kepada Israel.

Tengku Zafrul bagaimanapun berkata BlackRock adalah syarikat senaraian awam dan tidak dimiliki rakyat Israel.

Terbaharu, GIP menegaskan BlackRock Inc tidak pernah sama sekali terlibat dalam sebarang transaksi berhubung penstrukturan semula kepentingan dalam MAHB melalui Gateway Development Alliance (GDA). — The Merdeka Times





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo