NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerajaan lambat warta peraturan vape, MMA gesa perjelaskan kelewatan

MMA berkata pemasaran vape yang agresif sebagai trend amat membimbangkan kerana boleh mendorong ketagihan jangka panjang dalam kalangan anak muda.


KUALA LUMPUR: Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa kerajaan supaya segera mewartakan peraturan bagi produk berkaitan rokok elektronik dan vape.

Presiden Dr Azizan Abdul Aziz berkata kelewatan berkenaan mengakibatkan risiko kesihatan yang ketara dan eksploitasi jurang kawal selia oleh industri vape.

“Kami dimaklumkan bahawa draf peraturan berkenaan telah siap sejak akhir tahun lepas namun sehingga kini belum ada sebarang berita tentangnya. Kerajaan perlu menjelaskan sebab kelewatan ini,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata kebimbangan meningkat susulan 111 kes dilaporkan berhubung pendedahan keracunan berkaitan cecair vape dari 2015 hingga tahun lepas, termasuk kes melibatkan kanak-kanak bawah umur.

Azizan berkata satu daripada isu utama ialah kios vape yang banyak berhampiran dengan institusi pendidikan.

“Kios ini bukan sahaja menjual produk vape tetapi juga mempromosikan vape sebagai pilihan gaya hidup kepada anak muda, sekali gus menyebabkan ketagihan nikotin awal dan normalisasi terhadap vape.

“Pemasaran vape yang agresif sebagai trend amat membimbangkan kerana boleh mendorong ketagihan jangka panjang terutama dalam kalangan anak muda yang mudah terpengaruh,” katanya.

Azizan turut memberi amaran peningkatan penggunaan vape dalam kalangan golongan muda boleh merumitkan pengurusan penyakit tidak berjangkit (NCD) sekali gus membebankan sistem penjagaan kesihatan.

“Ketagihan terhadap nikotin pada usia muda bukan sahaja menimbulkan risiko kesihatan yang serius, malah memerlukan pengurusan tingkah laku yang intensif,” katanya sambil menyeru Ahli Parlimen mengutamakan kesihatan generasi muda dan memberi tekanan kepada kerajaan untuk bertindak segera.



Sumber | FMT Malaysia 










........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo