NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerajaan belanja RM42 juta setiap bulan, ‘tahan’ kenaikan harga gula

Spekulasi kenaikan harga gula timbul April lalu susulan aduan pihak industri yang memohon kerajaan menaikkan harga selepas mendakwa rugi 88 sen bagi setiap kilogram gula dikeluarkan. 


NIBONG TEBAL: Kerajaan memberi jaminan tiada kenaikan harga gula di pasaran setakat ini, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh.

Beliau menegaskan setakat ini tiada sebarang keputusan dibuat di peringkat Kabinet untuk menaikkan harga gula, malah perkara itu juga sudah banyak kali diperjelas di Parlimen sebelum ini.

Fuziah menjelaskan, spekulasi mengenai kenaikan harga gula timbul pada April lalu, susulan aduan daripada pihak industri yang memohon kerajaan menaikkan harga gula selepas mendakwa mengalami kerugian sebanyak 88 sen bagi setiap kilogram gula yang dikeluarkan.

“Tetapi, apa yang kita buat adalah kerajaan beri insentif RM42 juta sebulan kepada syarikat-syarikat ini untuk menstabilkan harga bekalan.

“Ini kerana kita tidak mahu nanti mereka rugi dan selepas itu tidak lagi keluarkan gula.

“Jadi kita bagi insentif supaya mereka keluarkan juga gula biarpun dalam keadaan mereka mengalami kerugian,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri Hari Terbuka MySubsidi Diesel SKDS 2.0 (Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi) Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2024.

Beliau berkata, spekulasi ditimbulkan berikutan kerajaan pada masa itu tidak menetapkan berapa lama tempoh pemberian insentif berkenaan, namun ia masih diteruskan hingga hari ini.

April lalu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memaklumkan kerajaan akan membuat keputusan berhubung mekanisme menstabilkan bekalan gula termasuk harga bahan pemanis itu pada suku kedua tahun ini.

Menteri Armizan Mohd Ali berkata kerajaan sedang menilai mekanisme, antaranya melibatkan cadangan simpanan stok gula, pemberian subsidi atau menaikkan harga kawalan daripada RM2.85 sekilogram pada masa ini.


Sumber | FMT Malaysia 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo