NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerajaan ada jaminan industri, bekalan telur cukup

Kerajaan memutuskan harga runcit telur ayam gred A, B dan C di seluruh negara diturunkan 3 sen sebiji. 


PUTRAJAYA - Kerajaan telah mendapat jaminan bekalan telur ayam mencukupi daripada pihak industri sebelum mengumumkan penurunan harga 3 sen bagi gred A, B, dan C.

Jelas Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh, pengeluaran telur setakat ini adalah seperti sediakala.

“Sebelum pengumuman dibuat, kita telah melakukan libat urus dengan pemain industri dan menerima jaminan bahawa pengeluaran telur mencukupi di seluruh negara.

“Itu janji industri kepada kerajaan,” katanya pada Selasa.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai saranan Presiden Persatuan Peruncit Bumiputera, Datuk Ameer Ali Mydin bahawa kerajaan sepatutnya meningkatkan bekalan telur ayam bersubsidi di pasaran dan bukannya menurunkan harga runcit bahan makanan itu.

Dalam pada itu, Fuziah berkata, pengeluaran telur ayam di dalam negara sebenarnya telah mencapai tahap sara diri (SSL) 100 peratus.

“60 peratus pengeluaran ialah telur Gred A, B, C selainnya ialah telur seperti Omega,” ujarnya.

Media melaporkan kerajaan memutuskan harga runcit telur ayam gred A, B dan C di seluruh negara diturunkan 3 sen sebiji selaras usaha mengembalikan hasil penjimatan penyasaran subsidi kepada rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kini, harga runcit bagi telur ayam gred A, B dan C masing-masing turun kepada 42 sen, 40 sen dan 38 sen sebiji berkuat kuasa Isnin.



Sumber | Sinar harian







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo