NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kenapa tak ‘reform’, sekiranya betul kesilapan itu datang daripada PM terdahulu? - Mukhriz



SHAH ALAM - Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) menempelak dakwaan kononnya kerjasama antara Malaysia dengan BlackRock yang dikaitkan dengan Israel adalah berpunca daripada kesalahan yang dilakukan pemimpin terdahulu.

Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, semua alasan yang diberikan adalah untuk menghalalkan darah anak kecil Palestin yang dibunuh kejam oleh rejim Zionis Israel.

“Kononnya semua salah pemimpin dulu. Kalau apa yang Perdana Menteri ketujuh, Tun Dr Mahathir Mohamad buat dulu dikata salah, kenapa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim nak ulang kesalahan sama?

“Biarlah Israel bunuh lebih 15,000 kanak-kanak asalkan Malaysia dapat duit daripada pendukung Zionis,” perlinya menerusi satu hantaran di aplikasi X.

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada hantaran bekas Peguam Kanan Persekutuan, Jabatan Peguam Negara (AGC), Liyana Marzuki yang mendakwa Dr Mahathir pernah ke London pada 2018 untuk menjemput BlackRock melabur di negara ini.

Dakwanya lagi, sepanjang menjadi Perdana Menteri juga, Dr Mahathir turut membenarkan syarikat kapal kecil Israel, ZIM untuk memasuki Malaysia selama berpuluh-puluh tahun.

Kontroversi BlackRock timbul apabila pemimpin pembangkang dan parti kerajaan mendesak supaya dihentikan penjualan saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) kepada anak syarikat firma tersebut, Global Infrastructure Partners (GIP).

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sebelum ini dilaporkan turut mempertahankan keputusan kerajaan membenarkan BlackRock memiliki pegangan dalam MAHB.

Tengku Zafrul menegaskan, BlackRock adalah syarikat senaraian awam dan tidak dimiliki rakyat Israel.

Sementara itu, membalas kenyataan Mukhriz itu, Liyana menjelaskan, BlackRock hanyalah pemegang saham dan telah wujud di Malaysia sejak 90-an.

“Bagi saya ini adalah helah politik untuk mensabotaj ekonomi kerana semua tahu bahawa BlackRock ialah pengurus dana terbesar di dunia. Perang terbuka dengan mereka mungkin memberi kesan kepada pelaburan kita,” ujarnya.



Sumber | Sinar Harian 










........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo