NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kenal pasti calon PRU dari sekarang, Umno diberitahu

Johari Abdul Ghani mengingatkan pemimpin dan ahli Umno di kawasan tidak dimenangi parti itu menggunakan kaedah berbeza dalam menyampaikan khidmat lebih berkesan kepada rakyat.


ARAU: Umno perlu mengenal pasti pemimpin yang boleh diangkat sebagai calon PRU akan datang dari sekarang supaya mereka boleh mula menabur khidmat bakti dan mengenali pengundi di kawasan masing-masing dengan lebih baik.

Naib Presiden Umno, Johari Abdul Ghani, berkata ini boleh menjadi kaedah tapisan awal untuk memastikan calon dipilih adalah tepat dan betul-betul dikenali, serta diterima pengundi setempat.

“Pemimpin Umno di peringkat negeri akan mengenal pasti dan kita akan pantau mereka, kena buat kerja dari sekarang, jadi boleh tengok, dapat maklum balas rakyat suka, jalanlah…tapi kena persetujuan daripada presiden (Umno) jugalah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Arau.

Turut hadir ketua Umno Perlis yang juga Ketua Umno Arau Rozabil Abdul Rahman.

Dalam pada itu, Johari yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa mengingatkan pemimpin dan ahli Umno di kawasan yang tidak dimenangi parti itu, supaya menggunakan kaedah berbeza dalam menyampaikan khidmat lebih berkesan kepada rakyat.

“Kita kena belajar melihat kedudukan kita bukan wakil rakyat (di sesuatu kawasan itu), jadi kalau kita nak meneruskan khidmat, kita kena buat dengan cara yang berbeza,” katanya.



Sumber | FMT Malaysia 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo