NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kekosongan DUN Nenggiri bukti Bersatu patuh undang-undang, kata Muhyiddin

Muhyiddin Yassin berkata keputusan speaker DUN Kelantan mengisytiharkan kekosongan luar jangka kerusi Nenggiri selaras Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan.


PETALING JAYA: Pengumuman Speaker DUN Kelantan Mohd Amar Nik Abdullah berhubung kekosongan kerusi Nenggiri, yang disandang Azizi Abu Naim membuktikan pindaan Perlembagaan Bersatu mengikut lunas undang-undang, kata Muhyiddin Yassin.

Presiden Bersatu berkata, parti itu bersama rakan komponen Perikatan Nasional (PN) sedia menghadapi PRK untuk merebut kerusi berkenaan.

“Kekosongan ini berlaku susulan notis yang dihantar oleh Bersatu kepada speaker DUN Kelantan berhubung terhentinya keahlian Adun Nenggiri daripada Bersatu serta-merta kerana melanggar Fasal 10.4 Perlembagaan Bersatu,” kata pengerusi PN dalam kenyataan.

“Keputusan speaker DUN Kelantan ini selaras dengan Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan yang memperuntukkan berlakunya kekosongan luar jangka bagi kerusi DUN yang wakil rakyatnya terhenti keahlian parti secara serta-merta.”

Terdahulu, Amar mengumumkan berlaku kekosongan luar jangka kerusi DUN Nenggiri mulai hari ini selepas menerima notis bawah Fasal (3) Perkara 31A Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan daripada Azizi pada 13 Jun, dan Bersatu pada 12 Jun lalu memaklumkan beliau hilang keahlian Bersatu sekali gus berlaku kekosongan luar jangka kerusi itu.

Bagaimanapun, Azizi yang juga Ahli Parlimen Gua Musang berkata, beliau akan membawa keputusan speaker DUN Kelantan ke mahkamah.

Azizi antara enam Ahli Parlimen dan Adun Bersatu yang terlucut keahlian parti kerana mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim serta Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.

Ahli Parlimen lain yang menyokong Anwar terdiri Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Zahari Kechik (Jeli) dan Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar).

Adun Selat Klang Abdul Rashid Asari pula mengisytiharkan sokongan kepada Amirudin.

Mereka gagal menjawab surat arahan bertulis Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu untuk menzahirkan ikrar taat setia.



Sumber | FMT Malaysia 










........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo